CINTA 2 ERA DALAM 'THE PROMISE'

May 8, 2019

 

Pernahkah terlintas di fikiran manusia untuk kembali pada masa lampau dan mengubah sesuatu perkara yang kita inginkan? Mesti banyak perkara yang kita akan lakukan jika mendapat peluang mengembara ke masa yang lalu untuk mengelakkan sesuatu yang buruk akan terjadi pada zaman kini.Semua ini dapat dilihat dalam drama 8TV yang baru, “The Promise”.

 

Saksikan pengembaraan Emily Chan dalam “The Promise”, sebuah drama fiksyen 26 episod terbitan Mad Pictures Sdn Bhd dengan menggabungkan era moden dan zaman dahulu yang melibatkan pengembaraan masa. Drama arahan Jason Kok ini menampilkan selebriti popular tanah air yang lain seperti Jordan Sen, Mayjune Tan, Coby Chong dan Yuan Teng.

 

 “The Promise” mengisahkan tentang Shao Ting (Emily Chan) yang terkena renjatan eletrik semasa melawat rumah lama datuknya yang terbiar dan bertemu dengan datuk saudaranya, Wen An (Jordan Sen). Wen An telah mengikut Shao ting ke zaman kini dan terpaksa menyesuaikan diri dengan perbezaan teknologi dan sosiologi zaman moden serba canggih sekarang.

 

Namun,suatu hari Wen An mendapati bahawa dirinya akan mati lemas menurut sejarah  yang diceritakan oleh datuk Shao Ting. Justeru, Shao Ting membawa Wen An ke rumah datuknya semula untuk menyiasat cerita yang lebih sebenar tentang kematian Wen An. Malangnya, mereka “dibawa balik” ke tahun 1940 tanpa sengaja setelah terkena renjatan elektrik sekali lagi.

 

Semasa di tahun 1940-an, Shao Ting mengetahui bahawa keluarga nenek moyangnya mempunyai perniagaan tekstil. Walaupun kehidupan mereka sangat mewah,pemikiran mereka amat kolot. Mereka merasakan Shao Ting akan memberi kesusahan kepada mereka sekeluarga. Shao Ting juga menjadi punca kegagalan perkahwinan diantara Wen An dan Xin Lan (Mayjune Tan). Tidak lama kemudian, Perang Dunia Kedua tercetus,menambahkan lagi konflik dalam kehidupan Shao Ting.

 

Dapatkah Shao Ting kembali ke zaman moden semula dengan selamat ? Dan apakah kesudahannya dengan Wen An yang sudah jatuh hati dengan Shao Ting ? Jangan lupa saksikan “The Promise” pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 9.30 malam bermula 13 Mei ini, hanya di Primori8, 8TV.  Episod pertama akan bersiaran langsung di YouTube 8TV serentak dengan siaran TV. Seterusnya, penonton boleh mengikuti drama rantaian ini di YouTube 8TV selepas siaran di televisyen pada hari yang sama bermula 11.45 malam !

 

Ikuti laman sosial Facebook, YouTube, Instagram 8TV, dan juga Facebook & Instagram Primori8 untuk mendapatkan info terkini tentang program-program menarik sajian 8TV!

BARISAN PELAKON

 

DI SEBALIK TABIR | THE PROMISE


 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.