AKIM DAN HAZAMA BERSATU DALAM 'MARABAHAYA UNDERGROUND'

May 9, 2019

 

Jika sebelum ini kedua penyanyi popular ini sering tampil di pentas nyanyian dengan mencipta gaya dan cara nyanyian tersendiri,kali ini Akim dan Hazama melebarkan tali persahabatan dengan muncul dalam filem 'Marabahaya Underground' terbitan D’Edge Communication (m) Sdn Bhd.


Pihak MOVIE Animation Park Studios (MAPS) juga muncul berkolaborasi bersama D’Edge Communication (M) Sdn Bhd bagi menjayakan sebuah filem genre aksi komedi sukan permotoran berjudul Marabahaya Underground.


Filem arahan pengarah terkenal, Helmi Yusof bersama penulis skrip, Subroto Katimin itu bakal menampilkan beberapa pelakon terkenal antaranya Hazama, Akim Ahmad dan Dayana Roza.


Sebuah cabaran buat Akim mahu Hazama untuk terlibat dalam filem yang menuntut komitmen dan skil mereka untuk mempamerkan aksi lasak suka permotoran. 


“Sebaik sahaja ditawarkan berlakon dalam filem sukan permotoran ini saya terus bersetuju kerana melibatkan satu perkara yang dekat dengan saya. Sejak kebelakangan ini memang saya aktif dalam bidang permotoran kereta jadi dapatlah saya realisasikan serba sedikit elemen ‘racing’ dalam filem ini,” ujar Akim yang akan membawakan watak Fison Hamdi.


Malah untuk membawakan watak Fison ini, Akim telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 11 kilogram. Penurunan berat badan ini dilakukan bagi menjayakan watak remaja 21 tahun untuk filem yang melibatkan bahasa Melayu, Tamil dan Cina ini. 


“Setakat ini, saya sudah berjaya turunkan berat badan daripada 74 kilogram ke 64 kilogram dalam masa dua bulan. Saya cuma amalkan ‘intermittent fasting’ yang mana saya hanya akan jamah makanan berat dari jam 9 pagi hingga 3 petang pada setiap hari,” kata Akim.


Bagi Hazama yang membawakan watak Shah Dhani, ia merupakan sebuah kesempatan dan peluang yang baik untuk dirinya. Ini kerana dia menerima pelawaan ini kerana ia datang dari Cat Farish yang merupakan saMAhabatnya.


“Lagi pun penggambaran dilakukan pada bukan puasa dan kebetulan saya tidak mempunyai aktiviti pada bulan Ramadan.Malahan filem ini melibatkan saya dan Akim dan kami sama-sama menanti untuk terlibat dalam aksi permotoran dan kenderaan dalam filem ini. Tadi merasa aksi ‘drift’ sewaktu pelancaran pun sudah berdebar,” jujur Hazama.


Manakala Dayana Roza yang mengaku berdebar sewaktu turut terlibat dalam aksi drift sewaktu pelancaran filem ini di MAPS tempoh hari merasa tidak sabar untuk melalui sesi pengambaran yang akan bermula 10 Mei ini.
 


"Saya hanya membuat persediaan fizikal memandangkan filem ini menjalani pengambaran pada sekitar bulan Ramadan dan dilakukan di Perak,” ujar Dayana Roza.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAPS, Shafeii Abdul Gaffor pula, filem yang mendapat kerjasama kerajaan negeri Perak dan Tourism Perak itu akan menjadikan taman tema berkenaan sebagai lokasi utama penggambaran.


 “Antara satu sebab kita bekerjasama dengan Cat Farish selaku penerbit filem Marabahaya Underground adalah jalan cerita filem berkenaan yang mengisahkan sukan permotoran. MAPS antara tempat yang mengadakan sukan ‘drift’ setiap hari dan menjadi tumpuan pengunjung,” katanya kepada pada sidang media filem berkenaan di Stunt Arena, MAPS, Ipoh, kelmarin.


Filem ini juga akan melakukan penggambaran di Ipoh, Gopeng, Tanjung Tualang, Teluk Intan, Batu Gajah, Johor, Cameron Highlands dan Genting Highlands.

 

Kredit Foto: Street Style Media Malaysia

SINOPSIS
 

 

 

MARABAHAYA UNDERGROUND ialah kisah komedi aksi yang mengisahkan kehidupan seorang pelajar yang berasal daripada Ipoh, Perak bernama FISON  HAMDI atau mesra dipanggil CHON. CHON datang dari sebuah keluarga  sederhana, memiliki sebuah kereta Myvi yang diubahsuai kepada sebuah kereta ‘sport dan ranggi’. CHON merupakan seorang pelajar di sebuah kolej di Ipoh yang amat meminati sukan Drift dan mengidolakan SHAH DHANI, seorang juara sukan drift di Ipoh. Gambar poster SHAH DHANI terpampang di biliknya. CHON sering ke acara sukan Drift sama ada melihat pameran dan sertai di litar lumba dan dari situ dia mengagumi SHAH DHANI.


CHON seorang pemuda yang rajin MENcari duit dan fokus apa yang diimpikannya iaitu ingin memiliki sebuah kereta Drift. Untuk cari duit lebih, CHON menjadikan kereta Myvi miliknya sebagai GRAB CAR. Pelbagai gelagat lucu dan ragam sepanjang CHON memandu GRAB CAR. Manakala SHAH DHANI, walaupun dia merupakan juara sukan drift tetapi dia sebenarnya mempunyai banyak masalah, punya hutang bertimbun dan sering diburu samseng. Dia sanggup berlumba haram untuk melangsaikan hutangnya tetapi hutangnya masih gagal dilangsai. Pekerjaan utama SHAH DHANI ialah  sebagai pelumba lagak ngeri kereta drift di Taman Tema Movie Animation Park Studio (MAPS) di Ipoh, Perak iaitu taman tema animasi pertama di Asia.


Perkenalan CHON dan SHAH DHANI bermula apabila CHON datang ke Taman Tema MAPS dan melihat SHAH DHANI beraksi. Ketika sesi bergambar itulah CHON merayu kepada SHAH DHANI agar mengambilnya sebagai anak murid. Bermula dari situ hubungan CHON dan SHAH DHANI menjadi rapat. CHON belajar berlumba Drift dengan SHAH DHANI baik di dalam track MAPS atau di litar haram hingga dia menjadi mahir.


Mereka berdua rapat juga dengan seorang ketua pomen di MAPS iaitu AYAI. Suatu hari AYAI menawarkan kepada CHON membeli sebuah kereta Drift iaitu CHON hanya perlu sambung bayar sahaja. Inilah impian yang ditunggu-tunggu. Atas dorongan dan idea daripada AYAI dan SHAH DHANI, CHON bersetuju membeli kereta Drift itu.


Kereta Drift CHON dijadikan sebuah kereta GRAB CAR yang istimewa. Pelbagai gelagat daripada servis yang ditawarkan oleh CHON hinggalah perkenalannya dengan seorang gadis cantik bernama INTAN FARHANA. Untuk mendapatkan cinta INTAN FARHANA, pelbagai cara dilakukannya agar INTAN FARHANA melanggan GRABnya. 
 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.