MIRA FILZAH DUTA BAHARU HONOR

May 10, 2019

 

Honor Malaysia akhirnya telah mengumumkan pelakon dan pengacara Mira Filzah sebagai duta 'misteri' bagi model terbaharu keluarannya, Honor 20 Series. Mira dikatakan bakal menyertai 'keluarga' HONOR Malaysia sebagai duta HONOR 20 Series Wonder Girl dan akan hadir bersama iklan tv komersil jenama itu tidak lama lagi.

 

Sebelum ini Honor Malaysia turut telah melantik beberapa artis tempatan sebagai duta jenamanya seperti pelakon, pelawak serta penyanyi Zizak Razak dan penyanyi,penulis lirik dan juga 'rapper', SonaOne. Mira Filzah pula bakal diangkat sebagai 'catbassador' dan dikenali sebagai 'Captain Meow' dengan hashtag #CaptureWonder.

 

Mira Filzah bukan lagi asing dalam industri hiburan Malaysia. Nama Mira Filzah semakin popular setelah berlakon dalam filem Rise: Ini Kalilah, drama tv serta sebagai pengacara program tv dalam tempoh masa kurang dari empat tahun. Mira yang memulakan kerjaya sebagai model turut mempunyai kecenderungan terhadap fesyen dan kecantikan - aspek penting untuk sebuah telefon pintar baharu.

 

KLIK : Ucapan Salam Ramadhan Mira Filzah

 

Model HONOR 20 Series yang dinanti-nanti akan dilancarkan pada 21 Mei 2019 di London dimana HONOR Malaysia akan membawa 2 pemenang bertuah yang dipilih dari peraduan 'Chief Fashion Officer'. Nantikan pengumuman selanjutnya  dari pihak HONOR tentang HONOR 20 Series dan Mira Filzah.

 

Untuk maklumat lanjut tentang HONOR Malaysia serta produk-produk inovatifnya, sila lawati laman sesawang rasmi  di https://hihonor.com/my atau akaun Facebook rasmi HONOR Malaysia di https://www.facebook.com/HonorMY/ untuk kemaskini terkini.

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.