RITA RUDAINI TUBUH PASUKAN BOLA SEPAK

May 10, 2019

Demi merealisasikan minat dan hobi kedua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8, pelakon popular Rita Rudaini menubuhkan kelab bola sepak RR Cougars FC pertengahan tahun lalu.

 

 Foto Rita bersama pasukan bola sepak RR Cougars FC

 

Ia sekali gus menjadikan Rita tampil sebagai selebriti wanita pertama negara ini menubuhkan kelab bola sepak yang juga meminati sukan itu.

 

Optimis dengan perancangannya itu, Rita bersama pasukan bakal menganjurkan pertandingan RR Junior Cup 2019 yang bakal berlangsung pada 20 dan 21 Julai ini di Eco Ardence Football Arena, Setia Alam..

 

Pertandingan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu bawah 12 tahun, 10 dan 8. Tarikh tutup penyertaan pada 30 Jun ini.

 

Pemenang tempat pertama bakal membawa pulang RM1,000 berserta medal dan trofi, tempat kedua RM700 berserta medal dan tempat ketiga RM500 berserta medal.

 

Ia adalah pertandingan kedua anjuran RR Cougars FC selepas kali pertama Oktober tahun lalu.

 

 

“Pada mulanya anak tidak minat bermain bola sepak tetapi lama kelamaan mereka mula meminatinya kerana pengaruh rakan di sekolah,” katanya.

 

Mengulas mengenai penubuhan kelab itu, Rita berkata, dia juga sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk menubuhkan kelab berkenaan.

 

“Misi saya juga untuk melahirkan golongan pelapis sekali gus memartabatkan lagi sukan bola sepak tanah air. Setakat ini ahli kelab RR Cougars FC mencecah lebih 30 orang dari usia 5 hingga 10 tahun.

 

“Saya juga mengambil jurulatih profesional khusus untuk melatih ahli kelab untuk menyertai pertandingan bola sepak,” katanya.

 

 

Sidang media telah diadakan baru-baru ini, Rita mempelawa kepada mana-mana jenama sukan, syarikat bukan kerajaan dan orang perseorangan bagi berkolaborasi dengannya untuk menjayakan pertandingan itu nanti.

 

Malah, Rita merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak Oakwood Hotel & Residence yang sudi menaja lokasi sidang media hari ini.

 

 Foto Rita menunjukkan Piala RR Junior Cup 2019

 

Rita juga ingin menguar-uarkan kepada pasukan yang datang dari luar Lembah Klang boleh mendapatkan penginapan di Oakwood Hotel & Residence dengan harga berpatutan disediakan.

 

Sebarang maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh berhubung terus dengan Coach Hazra ditalian 012-9689275. MYBUZZ!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.