TIPS MELANCONG SAMBIL BERJIMAT DENGAN UNIVERSAL TRAVELLER

May 13, 2019

 

 

Jauh perjalanan, luas pengalaman. Inilah salah satu manfaat mengembara tetapi pelancong tetap perlu memastikan bahawa mereka membawa barangan keperluan yang sewajarnya untuk menikmati perjalanan yang selamat, tanpa kerisauan dan selesa di mana sahaja mereka pergi, sama ada ekspedisi ke Nepal mahupun percutian romantik ke Paris. Berikut adalah beberapa petua asas tentang cara untuk mengembara dengan selesa dan penuh bergaya tanpa berbelanja banyak dan memberikan peluang berjimat dan berbelanja membeli cendera hati seperti rantai kunci Menara Eiffel untuk rakan-rakan dan keluarga.

Memilih Bagasi Anda
Selain cukup besar untuk membawa segala barangan keperluan, bagasi anda juga perlu kukuh dan tahan lama. Jika anda merancang untuk membeli-belah, Beg Urbanite Ledge 28 Inci berwarna biru gelap, baldu merah dan merah jambu mekar cukup besar untuk menyimpan semua buah tangan anda. Bagi mereka yang gemar mengembara, bagasi Urbanlite Ray sememangnya terbaik. Beg beroda pemutar 360 darjah untuk menjamin pergerakan lancar di atas permukaan berbeza, ini tidak mengeluarkan bunyi bising dan mengganggu orang lain meskipun ditarik merentasi jalan berbatu pada waktu tengah malam. Dengan kunci kombinasi kualiti premium, barangan anda pasti selamat dan terlindung. 

 Pilihan koleksi bagasi URBANlite yang boleh didapati di Universal Traveller

 

Menyusun Pakaian dengan Teratur
Anda pasti kagum dengan begitu banyak ruang yang boleh anda ‘tambah’ dengan pelbagai kaedah susunan berbeza. Mereka yang merantau ke seluruh pelosok dunia telah berkongsi petua dan cara untuk menyusun kandungan dengan kemas, malah ada yang mencadangkan anda melipat dan mengatur pakaian secara menegak supaya anda boleh memuatkan lebih banyak barang. Di samping itu, alat simpan atur seperti beg vakum dan kiub penyimpanan yang bergaya daripada Universal Traveller akan membantu anda menyusun pakaian dan aksesori dalam beg-beg lebih kecil. Ini membolehkan pakaian dalam beg pakaian diambil tanpa mengeluarkan seluruh kandungan bagasi. 

 

Kekal Hangat
Jika anda melancong semasa musim sejuk, pakaian musim dingin wajib dibawa. Dapatkan pakaian selesa yang tampak bergaya, seperti jaket buku yang ringan dan dilapisi bulu lembut, kot musim sejuk dan baju sejuk berkait dengan sulaman bunga agar anda boleh memuat naik gambar-gambar menarik di Instagram. Jika anda mengembara sekeluarga, anda boleh memadankan aksesori musim sejuk dengan pakaian anak-anak, termasuk sarung tangan, topi musim sejuk comel dan sarung kaki bulu biri-biri. Mungkin anda hanya akan melancong pada bulan Disember tetapi jadilah pembeli pintar dan dapatkannya sekarang pada harga di luar musim. Mengapa tunggu sehingga musim dingin untuk membeli pakaian dingin dan membayar harga lebih mahal untuk barangan yang sama? Malah, anda juga akan menerima hadiah percuma seperti beg kain dan penutup telinga apabila anda membeli sekarang. 

Klik Untuk Memenuhi Segala Keperluan Perjalanan Anda 
Tidak perlu bersusah-payah memandu ke pelbagai tempat untuk mencari keperluan perjalanan kerana anda boleh mendapatkan segalanya di kedai rasmi Universal Traveller di Shopee. Ini termasuk adapter kembara kepada beg galas kegunaan lasak, kantung dan kunci mahupun but salji, beg kasut, pemanas, penimbang bagasi dan bagasi kanak-kanak yang boleh dibeli di hujung jari. 


Universal Traveller akan menganjurkan Super Brand Day pertama di Shopee pada 16 Mei. Walaubagaimanapun, sambutan akan diadakan pada 13 Mei hingga 17 Mei dengan hari bertema supaya rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun hebat sehingga 70%, di samping tawaran hebat serta promosi eksklusif. 

 

  • Daily Shocking Sale – dapatkan tawaran serendah RM99 untuk bagasi 

  • Daily Happy Hour – terima potongan 30% dari jam 8pm hingga 11.59pm dengan kejutan tambahan pada 16 Mei 2019 

  • Baucar Hebat Harian - nikmati potongan 15% dengan perbelanjaan minimum RM180 

  • Tawaran Hari Ini Sahaja – rebut tawaran, baucar dan hadiah menarik yang sememangnya hebat setiap hari 

  • Shopee Live – saksikan pengaliran langsung di aplikasi Shopee pada jam 8.30pm untuk dapatkan petua dan cara untuk menjadi pelancong bergaya. Malah anda berpeluang untuk memenangi baucar daripada Universal Traveller

  • Penghantaran Percuma – nikmati penghantaran percuma di seluruh kedai, terutamanya bagi bagasi tanpa perbelanjaan minimum

     

Pelopor trend dan pengembara dunia boleh dapatkan Airways, Jean-Francois dan Urbanlite, jenama eksklusif dalam talian Universal Traveller yang amat diminati ramai. Miliki set dua dalam satu beg kulit keras laris Urbanlite Ledge atau Urbanlite Ray yang hanya boleh didapati secara eksklusif di Shopee. 

 

“Universal Traveller telah berkembang maju daripada sebuah peruncit pakaian musim dingin kepada jenama pakaian fesyen yang terkemuka di Asia Tenggara. Kami sentiasa mencipta semula dan mencetus inovasi dalam usaha memenuhi keperluan pengembara moden, dan salah satu cara untuk membawa pembaharuan dalam pengalaman beli-belah pelanggan adalah dengan menerokai perniagaan digital. Kerjasama dengan Shopee untuk menganjurkan Super Brand Day di platform ini membolehkan kami bukan sahaja mencapai 16 juta pengguna tetapi juga menawarkan keperluan perjalanan menjimatkan kos yang bernilai tambah supaya mereka mendapat pengalaman kembara luar biasa, sama ada di dalam atau luar negara,” kata Eric Poh, Pengarah Operasi, Universal Traveller Malaysia.

 

Bersetuju dengan pandangan ini,  Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, “Kami sentiasa berusaha memberi pengguna pilihan barangan keperluan yang lebih luas dan teruja kerana dapat bekerjasama dengan nama yang terkenal dan dipercayai di Malaysia seperti Universal Traveller memenuhi keperluan pengembaraan pengguna kami dari segi fungsi dan gaya, kini menawarkan produknya pada harga lebih rendah daripada harga runcit! Universal Traveller juga merupakan jenama fesyen pertama untuk menganjurkan Super Brand Day di Shopee, menyertai rakan jenama lain yang telah berjaya mengadakan acara mereka. Kami akan terus bekerjasama dengan jenama-jenama supaya pengguna memanfaatkan sepenuhnya Ringgit mereka untuk segala barang keperluan apabila mereka membeli-belah menggunakan platform kami.”

 

Sertai Universal Traveller Super Brand Day di Shopee pada https://shopee.com.my/m/super-brand-day 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.