KUALA LUMPUR INTERNATIONAL HOTEL SAJI 'SHELLOUT' BUFET RAMADHAN

May 15, 2019

 

Anda peminat 'seafood' tegar? pastinya anda akan tercari-cari dimana hendak mencari menu berbuka puasa bertemakan makanan laut .

 

Sempena Ramadhan Al-Mubarak 2019, Kuala Lumpur International Hotel menawarkan menu berbuka puasa bertemakan ‘Limpahan Lautan’. Sajian yang ditampilkan semestinya hidangan pelbagai jenis makanan laut iaitu 'Shellout'.  Tidak ketinggalan juga menu tradisi kampung turut disajikan.

 

Selain itu juga, Ikan Bakar, Nasi Ayam, Rendang Ayam, Rendang Daging, Udang Masak Sambal, Gulai Masal Lemak Nenas Ikan Masin, Gulai Rebung dan banyak lagi pasti meanmbat selera anda. Lebih 10 jenis sambal dihidangkan antaranya sambal belacan, cencaluk, sambal tempoyak, sambal lado hijau dan merah, budu dan sebagainya pasti mengancamkan selera anda di saat berbuka puasa.

 

 

Tahun ini pihak hotel mengetengahkan konsep warung, selain warung Shellout , warung Roti Jala & Murtabak juga menjadi tumpuan.

 

 

Makanan sampingan seperti Pisang Goreng, Keropok Lekor turut menjadi menu popular dikalangan pengunjung. Tidak lupa juga anda patut rasa sendiri keenakkan Laksa Johor. Pelbagai seleksi bubur yang menyelerakan antaranya pengat pisang, bubur lambuk, bubur pulut hitam dan bubur kacang hijau.

 

Bagi pencuci mulut seperti ais cendol, ABC, ais krim dan juga seleksi air yang dihidang pasti menghilangkan dahaga anda. Juga disajikan kuih-muih tradisional melayu.

 

Harga bufet yang sangat berpatutan ini membuatkan anda tidak perlu mengeluarkan wang yang lebih untuk mendapatkan hidangan yang menyelerakan sepanjang bulan ramadhan tahun ini. Sajian Bufet Ramadhan 'Limpahan Lautan' Toppot Cafe akan bermula pada 10 Mei-02 Jun 2019, setiap hari dari jam 6.30 petang – 9.00 malam. Harga RM 69.00 bersih untuk dewasa manakala kanak-kanak cuma RM34.00.

 

Untuk tempahan sila hubungi hotel di talian 03-26978833 dan boleh juga 'walk in' restoran di Toppot Cafe, Aras 4 Kuala Lumpur International Hotel, Lorong Haji Hussein 2, Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur. Info lanjut juga di www.klitel.com.my .Jangan ketinggalan! MYBUZZ!

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.