REALME MALAYSIA LANCAR 2 PERANTI PINTAR - REALME 3 PRO & REALME C2

May 15, 2019

 

realme Malaysia, sebuah jenama teknologi global dengan kerjasama Lazada Malaysia dan Shopee Malaysia memperkenalkan rangkaian peranti terbaharunya iaitu realme 3 Pro dan realme C2 di pasaran Malaysia semalam.

 

 

realme 3 Pro: Speed Up To The Next Level

Edisi terungul realme untuk golongan muda, realme 3 Pro menawarkan prestasi yang luar biasa dari segi hayat bateri, kejelasan skrin, pengimejan serta reka bentuk. Terdapat secara eksklusif di Lazada Malaysia, ia menawarkan pengguna dengan pengalaman terunggul terima kasih kepada teknologi dan reka bentuk yang inovatif dan berkualiti.

 

Cipset Snapdragon 710 Dan Bateri Berkapasiti Tinggi Dengan VOOC 3.0

Dari awal, realme telah memenuhi keperluan pengguna muda melalui pembangunan teknologi dan inovasi yang berterusan. Prestasi realme 3 Pro telah ditingkatkan sepenuhnya, terima kasih kepada proses pengeluaran 10nm pemproses Snapdragon 710 dan arsitektur lapan teras Kryo, yang membolehkan realme 3 Pro mencapai kelajuan jam sehingga 2.2GHz. Adreno 616 GPU menjamin visual yang nyata dan menjadikan imej 3D yang lebih efisien dan maju untuk pengalaman permainan yang lebih baik.

 

Dari segi hayat bateri, realme 3 Pro dilengkapi dengan bateri berkapasiti tinggi 4045 mAh cukup untuk memenuhi keperluan pengguna yang tegar, dan kelebihan yang besar dalam julat harganya. Pada masa yang sama, CABC (Kawalan Lampu Belakang) dapat meningkatkan jumlah hayat bateri sebanyak 5 hingga 10 %

 

Realme 3 Pro dilengkapi sepenuhnya dengan teknologi pengesasan pantas VOOC 3.0 Dengan pengecas 20W (5V4A), bateri mati dapat dikembalikan dengan cepat. Berbanding dengan realme 2 Pro, kuasa flash VOOC 3.0 realme 3 Pro mampu mengurangkan separuh daripada masa pengecasan , dari 0 hingga 50 % hanya dalam masa 30 minit atau mengecas sepenuhnya dalam masa hanya 80 minit.

 

Berdasarkan ujian di makmal realme, 10 minit masa pengecasan memberi pengguna 5 jam waktu bercakap.

 

Mod Super Nightscape

Dari segi pengimejan, realme 3 Pro menggunakan gabungan kamera utama IMX519 16 MP + kamera sekunder 5 MP, dengan saiz piksel tunggal 1.22 um, saiz sensor 1/ 2.6 inci, dan aperture f/1.7 besar, setanding dengan pengimejan dalam segmen utama.

 

Super Nightscape telah dioptimumkan berdasarkan realme 3 yang terungul , dengan meningkatkan pendedahan dalam keadaan cahaya yang sangat rendah, meningkatkan kebolehgunaan peranti di bawah keadaan gelap yang melampau dengan menyesuaikan sorotan dan bayang untuk lebih terperinci, serta mengawal 'noise' foto untuk meningkatkan ketulenan keseluruhan gambar.  

 

Menggunakan teknologi Al, pemandangan dalam gambar diiktiraf dan dioptimumkan dengan sewajarnya ke dalam rangkaian dinamik yang lebih besar, dengan butiran yang lebih diperkaya di bahagian yang diserlahkan dan bayang-bayang serta pendedahan yang lebih seimbang. Dalam masa yang sama, mod Ultra HD yang baru dikonfigurasikan menggunakan teknologi sintesis multi-frame, membolehkan mutiple pictures sebanyak 16 juta piksel disintesis menjadi satu gambar ultra-HD dengan 64MP - saiz yang lebih besar untuk imej yang lebih cantik dalam kualiti yang lebih baik.

realme C2: Paparan Mega, Bateri Mega

Produk Entry-Level Value King, iaitu realme C2, boleh didapati secara online, eksklusif di Shopee Malaysia, menggabungkan reka bentuk dan prestasi terbaik dalam segmen harganya.

 

Bersinar Bak Berlian

Realme dengan bangganya membawa reka bentuk berlian klasik untuk realme C2, yang kini mempunyai reka bentuk smudge-free. Teknologi pemotongan laser yang digunakan menjadikan corak dan keratan mempunyai kesan pantulan yang berbeza. Di bawah refleksi yang menakjubkan adalah tiga lapisan lukisan dan partikel mutiara. Usaha-usaha ini digabungkan bersama membuatkan realme C2 lebih cantik dan bersinar dibandingkan dengan generasi sebelumnya.

 

Paparan Dewdrop Untuk Pengalaman Melihat Secara Meluas

Realme C2 menggunakan skrin dewdrop bertakuk kecil 6.1 inci HD+ dengan nisbah skrin-ke- badan 89.35 % . Peranti ini menggunakan garis melengkung di kawasan dewdrop , bukannya garis lurus dan sudut, menjadikan skrin lebih indah, cantik dan elegan.

 

Dengan bateri 4000 mAh yang besar, mengecas berkali-kali pada siang hari adalah biasa. Bateri berkapasiti tinggi digabungkan dengan pemproses Helio P22, membuatkan bateri tahan lebih lama.

 

Dwi Kamera 13MP+2MP Kuasa AI 

Dwi kamera 13MP2MP berkuasa Al dengan Chroma Boost menghasilkan gambar yang seimbang. la juga dilengkapi dengan Bokeh Effect untuk membantu anda mengambil gambar potret dengan sempurna, dan juga menyokong rakaman video 1080p dan video Slo-Mo. Peranti ini juga memasarkan kamera hadapan 5 juta piksel untuk memberikan swafoto dengan definisi yang lebih baik dan meningkatkan rangkaian HDR dalam persekitaran cahaya dan latar cahaya yang rendah, menjadikan setiap perincian jelas dalam pelbagai persekitaran.

 

Untuk senarai lengkap wakil jualan realme, sila layari https://myrealme.my/locate-us/ atau untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian peranti pintar kami, sila kunjungi https://www.realme.com/my/

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.