WARNER MUSIC MALAYSIA LANCAR LAGU RAYA 'SELOKA HARI RAYA'

May 16, 2019

Baru-baru Warner Music Malaysia (WMM) telah melancarkan sebuah single khas sempena Hari Raya Aidilfitri berjudul Seloka Hari Raya. Lagu ini membariskan persembahan mantap artis-artis di bawah naungan WMM seperti Adi Bernadee, Yasin Sulaiman, Kucaimars, Amir Hasan, Ajak Shiro, Datin Alyah, Ezlynn, Bunga, Layla Sania, Kaka Azraff, Pasya dan Awi Rafael. 

 

 

Turut diadakan majlis pra-pelancaran video muzik Seloka Hari Raya sebelum disiarkan kepada umum pada 20 Mei 2019 di saluran Youtube Warner Music Malaysia.

 

''....rakaman semula lagu raya popular nyanyian Uji Rashid dan Hail Amir  ini merupakan usaha kami untuk memberi interpretasi moden ke atas sebuah lagu yang menjadi siulan ramai ketika menjelangnya hari raya sejak dahulu lagi...'' Kata Darren Choy, Pengarah urusan Warner Music Malaysia.

 

Beliau menambah ''..Dinyanyikan semula oleh artis muda dan popular masa kini, lagu ini diharap dapat memberi nafas baru dan memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini..''.

 

Lagu Seloka Hari Raya ini juga boleh didapati di semua platfom digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music mulai 17 Mei 2019.

 

Selain itu, pada majlis yang sama turut diadakan majlis berbuka puasa bersama Anak-Anak Yatim  seramai 30 orang dari Rumah Kasih Sayang. Rumah ini menempatkan kanak-kanak yang kurang bernasib baik, anak fakir miskin dan sebagainya.

 

 Foto kenangan pihak Pengurusan Warner Music Malaysia & Hotel Royal Kuala Lumpur & barisan artis bersama anak-anak yatim Rumah Kasih Sayang

 

Majlis diadakan di Hotel Royal Kuala Lumpur dan juga merupakan penaja bagi program ini. MYBUZZ!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.