BAZARAYA IRAMA SELEBRITI TARIK PENGUNJUNG SEKITAR SUNGAI BULOH

May 19, 2019

Sekarang kita sudah berada di pertengahan bulan Ramadhan,  MB percaya masih ramai lagi yang belum membeli atau masih mencari kelengkapan hari raya terutamanya baju raya untuk tampil cantik dan segak di pagi raya nanti. Justeru itu BAZARAYA IRAMA SELEBRITI merupakan lokasi yang tepat untuk anda membeli-belah dan berpeluang berswafoto bersama barisan artis-artis terkenal tanah air.

 

 

Bertempat di tingkat Lower Ground (LG), SB Mall Sungai Buloh, bermula 5 Mei hingga 3 Jun 2019,  BAZARAYA IRAMA SELEBRITI anjuran Konsortium IRAMA (Konsortium Artis Rakaman Muzik Malaysia) ini akan dimeriahkan oleh lebih 20 artis seperti Dato' Khaty Ibrahim, Raihan, Rabbani, Faizal Ismail, Noraniza Idris, Fitri Haris, Hazami, Ammy Fara, Ben Ladin, Toy Nizam, Maisarah Ukulele dan ramai lagi.

 

 Foto Ayob Abdul Majib (Baju Batik Biru) bersama barisan artis antaranya Kumpulan Rabbani, Dato' Khaty Ibrahim , Ammy Farra bersama-sama merasmikan BAZARAYA IRAMA SELEBRITI

 

 

selain daripada jualan di gerai-gerai selebriti, acara-acara menarik turut menanti para pengunjung antaranya pemberian bubur lambuk, Jualan Lelong Raya,  pendaftaran ahli baru Irama Konsortium dan yang istimewanya juga acara Thai Food Fair sepanjang 20 hari dari jam 3.00 petang hingga 11.00 malam dan  penampilan semula Bryani Rumah Besar serta alunan persembahan Qasidah dan Nasyid oleh artis-artis terlibat.

 

Foto acara pemberian Bubur Lambuk di perkarangan SB Mall

 

BAZARAYA IRAMA SELEBRITI adalah julung kali diadakan oleh Konsortium IRAMA untuk ahli-ahli IRAMA dan artis-artis terlibat bagi menjana pendapatan tambahan mereka.

 

MB ingin menyeru kepada anda semua terutama di sekitar Sungai Buloh untuk datang dan memeriahkan BAZARAYA IRAMA SELEBRITI. Jangan Ketinggalan. MYBUZZ!

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.