CHECK-IN KAMPUNG BERSAMA SAMSUNG GALAXY SKUAD A

May 23, 2019

 

 

Bulan Ramadan Al-Mubarak yang menjanjikan keberkatan dengan beramal mulia serta berinspirasikan mesej Setulus Ikhlas, pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sempena bulan berpuasa ini, salah satunya berlangsung di Jalan Tukang Besi, Jonker Street, Melaka pada 21 Mei 2019 yang lalu. 

 

Seiring dengan kempen Setulus Ikhlas, Samsung dan TV3 dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menjayakan sebuah inisiatif program tanggungjawab sosial korporat  dimana Samsung bersama Galaxy Skuad A dengan berbesar hatinya membina ruang bergambar yang menarik untuk semua pengunjung merakam detik-detik manis bersama keluarga dan rakan-rakan di musim perayaan ini. Dengan perkongsian gambar dalam laman media sosial dengan #GalaxyA30 #GalaxyA50 #CheckInKampung #eraAbaru, anda berpeluang untuk memenangi telefon pintar Samsung Galaxy A50 dan A30 dalam peraduan Check-in Kampung bersama Samsung Galaxy Skuad A. 


Galaxy Skuad A menampilkan anak seni tempatan yang disanjung golongan remaja, Nabila Razali, Haqiem Rusli dan Ismail Izzani yang juga merupakan barisan duta Setulus Ikhlas, turut dibantu oleh Steffi Sidhu, pemain bola sepak dan futsal kebangsaan. 

 

Selain mencantikkan suasana lokasi, warga tempatan juga menerima kuih-muih serta dodol yang diagihkan oleh para duta serta kru-kru Setulus Ikhlas. Serta, 100 pengunjung yang pertama berswafoto di ruangan yang dihiasi dan memuat naik gambar tersebut berserta #GalaxyA30 #GalaxyA50 #CheckInKampung #eraAbaru akan menerima goodies bag Samsung.

 

Turut memeriahkan aktiviti program tanggungjawab sosial korporat ini ialah Yang Berbahagia Tuan Haji Mansor Bin Sudin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

GALERI

 

 

Untuk maklumat lanjut, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook & Instagram @TV3malaysia. Sebarkan keikhlasan di bulan yang mulia ini serta "Check-in" di Jonker Street, Melaka dan bergambar dengan penuh gaya! Kongsikan gambar-gambar anda di media sosial dengan #setulusikhlas #checkinkampung #eraAbaru 
 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.