DUTA SETULUS IKHLAS DAN SELEBRITI MERIAHKAN KEMPEN RAMADAN RAYA MEDIA PRIMA

May 24, 2019

 

 

Sungai Besar menjadi destinasi pertama acara padang Kempen Ramadan Raya Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) 2019 iaitu Setulus Ikhlas.  Duta Setulus Ikhlas,  Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersama selebriti lain seperti Azhan Rani, Shah Jaszle, Fedtri Yahya, Nadia Brian, Chef Naem, Haziq Hot FM, Akhmal Nazri, Shah Sulaiman, Chiwan, Da’i Fahmi dan Da’i Aiman dan Da’i Raisyah berkampung di Masjid Makmuriah & Dataran Tonggak 10, Sungai Besar pada 18 dan 19 Mei lalu dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran lebih 5000 penduduk kampung. 

 

Bersesuaian dengan tema, Setulus Ikhlas ingin mendekati penonton setia secara menyeluruh, tidak hanya di bandar-bandar, masyarakat di kampung juga tidak dilupakan. Setulus Ikhlas juga ingin menggalakkan orang ramai untuk pulang ke kampung untuk merapatkan silaturrahim dan menjalin ukhwah yang lebih erat lagi di musim perayaan ini. 

 

Antara aktiviti pada hari pertama adalah aktiviti Singgah Sahur yang bermula pada jam 12.00 malam melawati 10 buah rumah terpilih oleh Lembaga Zakat Selangor yang turut disertai oleh Ahli Parlimen Sungai Besar, YB Cikgu Muslimin Bin Yahaya di sekitar kawasan perumahan Sungai Besar. Aktiviti singgah sahur yang disertai oleh Azhan Rani, Shah Jaszle, Akhmal Nazri, Shah Sulaiman, Chef Naem dan Da’i Raisyah ini berakhir sekitar jam 3.00 pagi. 

 

Aktiviti diteruskan lagi dengan  sesi gotong royong membersih dan mengecat kawasan Masjid Makmuriah serta penyediaan bubur lambuk bersama selebriti dan juga penduduk kampung. Seterusnya, di sebelah petang pula sesi pengagihan bubur lambuk, tazkirah bersama Da’i Fahmi dan penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim dan asnaf terpilih dengan kerjasama ahli kariah Masjid Almakmuriah. 

 

Selain itu, berlangsung secara serentak di Dataran Tonggak 10 pula adalah jualan makanan (food truck) dengan pelbagai aneka makanan dan minuman. Menariknya, para pengunjung yang hadir turut sama menunggu dan berbuka puasa dengan barisan artis yang menyertai program Check In Kampung ini. 

 

Program di Masjid Almakmuriah diteruskan lagi dengan sesi berbuka puasa dan solat terawikh dan juga rakaman program Tanyalah Ustaz bersama Da’i Aiman dan Ustaz Roslan Mohamed dengan tajuk “Positif Ikhlas” yang turut disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook TV3Malaysia. 

 

Turut sama turun padang adalah Skuad Seratus Ikhlas 100PLUS yang diwakili oleh Amira Othman melakukan aktiviti gotong royong membersihkan, membaiki dan mencantikkan kediaman Kak Ogy, seorang ibu tunggal yag menjaga 7 orang anak yatim da ibunya yang telah lumpuh selama 6 tahun.

 

Bersempena dengan bulan Ramadan tahun ini, 100PLUS berkolaborasi dengan MPTN memperkenalkan kempen terbaharu ‘Seratus Ikhlas; Setulus 100PLUS’. Menerusi kempen ini, pihak 100PLUS berharap dapat berkongsi mesej-mesej positif dan memberi kecergasan kepada semua rakyat Malaysia supaya kekal aktif untuk melakukan ibadah sepanjang bulan Ramadan dan Syawal ini. 

 

Nantikan kunjungan Duta Setulus Ikhlas dan selebriti terkenal yang lain di destinasi seterusnya iaitu pada 24 dan 25 Mei nanti di Mukim Kesang, Tangkak, Johor . Hangatkan lagi perbualan di platform media sosial anda dengan #SetulusIkhlas dan CheckInKampung. Untuk maklumat lanjut, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook & Instagram @TV3malaysia.
 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.