STAR VENDORS MEGA RAYA FEST 2019, SELAMA 72 JAM TANPA HENTI MULAI HARI INI

Pagi tadi orang ramai berpusu-pusu hadir memeriahkan STAR VENDORS MEGA RAYA FEST 2019 dan ia membuktikan akan menerima sambutan yang menggalakan daripada para pengunjung Lembah Klang mahu pun sekitarnya untuk membeli-belah sempena syawal tidak lama lagi. Tidak ketinggalan juga bagi pengunjung 1,000 orang terawal akan diberikan duit raya.


 Foto: Kelihatan para pengunjung berpusu-pusu beratur selepas perasmian untuk memasuki gerbang STAR VENDORS MEGA RAYA FEST 2019 dan seterusnya mereka akan diberikan duit raya.

STAR VENDORS MEGA RAYA FEST 2019 akan beroperasi selama 72 jam tanpa henti mulai hari ini 24 Mei 2019 sehingga 27 Mei 2019. 


BACA ARTIKEL TERDAHULU: PELUANG AKHIR UNTUK SERTAI STAR VENDORS MEGA RAYA FEST 2019


Kata penganjur, Ifa Raziah selaku Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendor, ''... saya menjangkakan sekurang-kurangnya seramai 2 juta orang pengunjung akan datang ke sini untuk membeli belah dengan sasaran  jualan dianggarkan lebih RM20 juta...''


Beliau yang juga ditemuramah oleh pihak media berkata ''....STAR VENDORS bukan sahaja akan terhenti di sini sahaja malahan akan meneruskan usaha ini pada hari merdeka yang akan diadakan pada bulan September di Sabah....''



 Foto; DYMM Tengku Permaisuri Selangor (Kiri) dan Ifa Raziah (Tengah)  berkenan bertandang ke booth Jualan RAZNIL daripada Datuk Aznil Hj Nawawi (Baju Melayu Biru) dan Razman Razmi.



Acara turut dimeriahkan dengan acara cabutan hadiah pada setiap malam dan pada 26 Mei 2019 juga akan diadakan persembahan nyanyian oleh artis popular antaranya Anuar Zain, Ziana Zain, Indah Ruhaila dan ramai lagi. Semua pengunjung yang datang pasti berpuas hati dan berbaloi bagi menjayakan lagi acara ini.


Artis Versatile popular ini berasa gembira dan sebak akan sambutan dan sokongan para penaja serta selebriti walaupun kali pertama beliau menguruskan acara sebesar ini.


STAR VENDORS MEGA RAYA FEST 2019 melibatkan lebih 400 vendors, membabitkan lebih 60 orang selebriti popular dan lebih 600 jenama akan memberikan pilihan yang terbaik kepada para pengunjung.


Majlis perasmian hari ini telah diadakan di PWTC dan disempurnakan oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendor, Ifa Raziah, para penaja utama seperti Nuccar, Kings Molten, Neffos dan Maybank, para selebriti, para media serta para pengunjung.




Para pengunjung juga berpeluang untuk menikmati potongan sebanyak 20% sebanyak 2 kali melalui pembayaran mengunakan QR Pay Maybank. MYBUZZ!



















Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.