MALIK STREAMS CORPORATION BAWA SALMAN KHAN KE MALAYSIA HUJUNG TAHUN INI

May 31, 2019

Syarikat pengedaran filem tamil bertaraf antarabangsa Malik Streams Corporation Sdn Bhd (MSC) sentiasa mahukan yang terbaik dalam sesebuah pengedaran filem mereka. Selepas filem PETTA lakonan superstar Tamil Rajinikanth mendapat sambutan diluar jangkaan pada awal tahun ini, MSC bercadang membawa salah seorang lagi aktor popular Hindustan iaitu Salman Khan ke Malaysia bagi mengadakan persembahan pada hujung tahun ini.

 

 

Beliau yang dtemui oleh MB di majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Pesakit-Pesakit Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberitahu bahawa perbincangan dan persiapan bagi membawa Salman Khan ke Kuala Lumpur sedang dijalankan ketika ini.

 

Pada masa yang sama juga beliau sedang mencari Pengarah atau skrip yang baik bagi menerbitkan filem-filem melayu. Beliau percaya pada akhir kebelakangan ini terdapat penerbitan filem-filem melayu yang bagus selain mendatangkan keuntungan kepada syarikat.

 

MSC sentiasa merebut peluang dengan melabur wang sehingga jutaan ringgit untuk mengedarkan sesebuah filem tamil yang berkualiti tinggi dari India yang sekaligus memberikan pulangan pelaburan yang tinggi sehingga boleh mencapai wang puluhan jutaan ringgit.

 

 

Terdahulu acara lawatan dan sumbangan kepada pesakit-pesakit HKL di tiga wad (Wad 23, 24 dan 27) ini merupakan tanggungjawab sosial korporat syarikat bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan di samping menjadi agenda pihak MSC untuk melawat lebih banyak lagi hospital pada masa akan datang. Bentuk sumbangan merupakan duit raya dan hamper raya. Turut hadir Pengarah Hospital Kuala Lumpur Dr Heric Corray dan pegawai serta kakitangan hospital berkenaan. Majlis berakhir dengan jamuan juadah berbuka puasa. MYBUZZ!

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.