REWANG RAYA KL 2019 RAIKAN WARGA GELANDANGAN DI IBU KOTA

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya, sudah pasti semua umat Islam sedang sibuk menyediakan persiapan menyambut Aidilfitri. Semalam, Fiesta Lestari Malaysia In The City melalui Rewang Raya Kuala Lumpur 2019 ingin berkongsi sedikit kegembiraan kepada warga gelandangan bandar dengan menghulurkan sumbangan pakaian dan juadah iftar.


Foto dari kiri Farida Aman (Pengasas Coffee Cinta), Ustaz Nizam (Imam Masjid Jamek KL), Suraya Rahman (Penganjur SRCC Publicity), Rozita Rohaizad (AJK Persatuan Karyawan Malaysia/Artis)


Acara yang diadakan di Masjid Jamek Kuala Lumpur ini adalah bertujuan untuk meraikan persiapan Aidilfitri bersama mereka yang memerlukan khususnya kepada warga gelandangan di sekitar kawasan Masjid Jamek (Go Green Mosque), River Of Life dan Pasar Seni.


''........mesej yang kami ingin sampaikan ialah Sedekah Sedekah Sedekah serta berlapang hati sempena hari yang mulia di penghujung ramadhan ini...'' Kata Suraya Rahman, Penganjur SRCC Publicity.


Acara dimeriahkan dengan pelancaran butik percuma dimana koleksi pakaian yang bersih dan berjenama dipamerkan teratur yang disumbangkan oleh rakan-rakan penganjur dan orang awam untuk disedekahkan. Ia diikuti dengan sumbangan juadah Iftar.


Foto sekitar acara Rewang Raya KL 2019 di Perkarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur


Selain warga gelandangan yang hadir, acara turut terbuka kepada orang awam dan pelancong asing sama ada yang beragama islam atau pun bukan.


Dalam majlis yang sama, pra-pelancaran Coffee Cinta turut diadakan. Coffee Cinta merupakan jenama baru kopi yang berkualiti daripada India, Brazil Robusta Beans dibawakan khas oleh syarikat Up Advantage Sdn Bhd. Orang ramai turut berpeluang merasanya sendiri keenakan Coffee Cinta di acara tersebut.


Program ini dianjurkan oleh SRCC Publicity dan Beautiful Malaysia dengan kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia dan Inkubator Wanita Bijak Berjaya serta Coffee Cinta melalui syarikat Up Advantage Sdn Bhd selaku penaja utama. Turut mendapat kerjasama penuh daripada Pengurusan Masjid Jamek Kuala Lumpur, Unlimited Blossoms, Costumes Empire, Pedal Explorers dan Team Party People Events. MYBUZZ!






.



Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.