FENOMENA TULUS KEMBALI KE MALAYSIA TAHUN INI

Shiraz Projects Sdn Bhd & TULUSCompany dengan bangganya mempersembahkan penyanyi lelaki terkemuka Indonesia TULUS, yang akan mengadakan konsert kedua di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 8.30 malam, 3 Ogos 2019 bertempat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.




Artikel Terdahulu : TULUS TERUJA SAMBUTAN LUAR JANGKA PEMINAT MALAYSIA


Selepas konsert pertamanya laku keras dan ‘SOLD OUT’ di Istana Budaya pada tahun lepas, TULUS kembali merayakan keberadaan lapan tahun dirinya dalam industri dengan muncul melalui TULUS SEWINDU TOUR - KUALA LUMPUR. Sewindu membawa maksud lapan tahun dalam Bahasa Indonesia dan konsert berdurasiselama dua jam ini tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat tegarnya. Ini kerana TULUS akan mempersembahkan barisan lagu-lagu dari single terbaru beliau hinggalah kepada lagu-lagu hits melalui tiga albumnya termasuk 'Gajah', 'Pamit' 'Sewindu', 'Monokrom' dan banyak lagi.




Konsert ini merupakan perayaan ulang tahun kelapan TULUS dalam industri dan juga menghargai sokongan amat besar yang diterimanya dari ribuan peminat setia, baik di Malaysia dan di sekitar nusantara ini. Konsert yang dinanti-nantikan akan menjadi malam untuk diingati bersama diiringi oleh 21 pemuzik yang selama ini menyokong TULUS.


Tiket berharga RM860 (Meet & Greet), RM460 (Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Gold) RM200 (Silver), RM160 (Bronze). Tiket untuk konsert sudah mula dijual sejak 28 Mei 2019 lalu di www.myticket.asia Untuk info lanjut anda boleh menghubungi di talian Hotline 012-2560082.


Konsert TULUS SEWINDU TOUR – KUALA LUMPUR hanya diadakan pada satu malam sahaja ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd & TulusCompany. MYBUZZ!





Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.