4 CARA UNTUK BERJIMAT PADA JUALAN SHOPEE MEN'S SALE

June 11, 2019

 

Untuk para jejaka di luar sana, bersiap sedialah dan jangan lepaskan peluang merebut tawaran menarik di Shopee Men’s Sale dari 13 Jun hingga 23 Jun 2019. Inilah peluang anda untuk menaik taraf pakaian dan gajet anda pada nilai terbaik untuk wang anda. 
     
Kemuncak Shopee Men’s Sale akan berlangsung pada 20 Jun 2019, dan di sini kami kongsikan kepada anda, para jejaka diluar sana 4 cara bagaimana  anda boleh dapatkan lebih tanpa berbelanja lebih! 

 

1.Tawaran RM1 Yang Sukar Dipercayai
Memang benar, barangan bernilai tinggi seperti Samsung Galaxy A70, mesin kopi Nescafe, komputer riba HP, Sharp Smart UHT TV 45” dan jam tangan Fossil boleh menjadi milik anda untuk RM1. Anda hanya perlu menyemak kalendar harian bagi tawaran RM1 di Shopee.

 

Pasti Menang: One or Not, or Your Money Back Shopee ialah permainan tanpa risiko yang menjamin RM1 anda akan dikembalikan ke dalam kad kredit atau dompet Shopee jika anda bukan pembeli terpilih. Jadi teruslah membeli-belah. 

 

2.Harga Terendah Dijamin Untuk Para Jejaka 
Halaman koleksi elektronik Shopee’s Lowest Price Guaranteed menampilkan gajet, kelengkapan sukan, peralatan rumah dan banyak lagi pada harga terendah di pasaran. 

 

Jika anda mendapati barangan serupa yang lebih murah di luar Shopee, ciri  Pasti Murah: Electronics, Lowest Price Guaranteed Shopee akan memastikan anda mendapat ganjaran 120% daripada perbezaan harga. Dengan ciri ini, anda tidak perlu bimbang anda tidak mendapat tawaran terbaik kerana jaminan yang diberikan. 

 

3.Shopee Dapatkan Apa Yang Anda Mahu
Shopee menawarkan pelbagai barangan elektronik untuk lelaki. Anda pasti menemui apa yang anda mahu kerana ciri Pasti Ada: Electronics, Find & Be Rewarded. Shopee sedia membantu anda mencari barangan elektronik yang dikehendaki. Anda hanya perlu mengemukakan tuntutan Pasti Ada untuk barangan yang tidak tersenarai di Shopee. 

 

Jika Shopee tidak dapat menemui barangan tersebut, anda akan diberi pampasan 10,000 Shopee Coins, tertakluk kepada terma dan syarat.

 

4.Dapatkan Lebih Daripada Diskaun
Anda mendapat lebih nilai untuk wang anda apabila menggunakan Shopee Coins, baucar diskaun dan baucar penghantaran percuma apabila anda berbelanja RM40 dan ke atas. 

 

Shopee memastikan anda tidak kehabisan Shopee Coins dengan mengadakan Shopee Quiz. Pada 12.00pm setiap hari bekerja, anda boleh menyertai Shopee Quiz dengan menjawab lapan soalan pengetahuan am. Anda berpeluang memenangi hadiah terkumpul sehingga dua juta Shopee Coins apabila anda menjawab kesemua soalan dengan betul. Anda mendapat hayat tambahan apabila anda merujuk kawan-kawan untuk menyertai Shopee Quiz.

 

Di samping itu, ikuti siaran langsung Shopee Live untuk mengetahui tentang produk dan ulasan terkini daripada jenama-jenama setiap hari. Saksikan selebriti dan tokoh-tokoh terkenal termasuk pasukan Mobile Legends Shopee Bosskurr apabila mereka mengacarakan rancangan dan menghadiahkan baucar-baucar bernilai hebat yang boleh anda gunakan untuk pembelian anda yang seterusnya. Untuk maklumat lanjut dan siaran ulangan, ikuti Shopee Live menerusi aplikasi Shopee. 

 

Shopee turut menganjurkan kempen untuk semua peminat Marvel yang merupakan pemegang kad Maybank Visa, Master dan Debit. Dengan hanya berbelanja RM200 dan ke atas di Shopee dalam satu transaksi dan anda berpeluang menebus dua daripada 12 pingat eksklusif Marvel’s Avengers bagi menambah koleksi adiwira anda. Kempen berakhir pada 30 Jun 2019.

 

Untuk menikmati tawaran hebat daripada Shopee Men’s Sale, layari  https://shopee.com.my/m/mens-sale
 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.