ABADIKAN MOMEN MAGIS MAJLIS ANDA DI MAGICA EVENTS & FUNCTION HALLS

June 17, 2019

 

Sama ada majlis berendoi, pertunangan mahupun perkahwinan pastinya kita mahukan majlis yang anda adakan menjadi ingatan dan pujian para tetamu yang hadir  buat selamanya. Begitu juga impian si pereka fesyen untuk busana mereka digayakan di pentas 'catwalk' yang extravangsa! 

 

Impian itu bukan lagi sekadar mimpi kerana anda kini boleh merealisasikannya di MAGICA Events & Function Halls, Subang. Ruang serta dewan acara terbaharu ini, dilancarkan baru-baru ini secara rasmi pada Hari Terbuka bersempena sambutan Aidilfitri dengan kerjasama lebih daripada 20 rakan vendor dalam industri termasuk katerer terkenal, perunding perkahwinan termasyhur, pakar dekorasi berpengalaman dan ramai lagi.

 

Terletak dilokasi strategik didalam kejiranan Subang, MAGICA Events & Function Halls berada di aras 4, Star Avenue Lifestyle Mall, Subang. Ia merupakan dewan agam yang direka sebegitu indah berdasarkan konsep hiasan dalaman Eropah yang moden dan dilengkapi fasiliti serba lengkap. 

 

Dengan keluasan ruang lantai seluas 36,000 kaki persegi, MAGICA menampilkan 3 dewan utama iaitu Garden Hall, Classic Hall dan Magical Hall. Gabungan ketiga-tiga dewan ini boleh memuatkan sehingga 7,000 orang tetamu pada satu-satu masa. Setiap dewan juga boleh berfungsi secara berasingan dengan rekaan dalaman tersendiri mengikut keperluan, kehendak serta idea konsep yang diingini pihak klien.

 

MAGICA Events & Function Halls diwujudkan oleh Magica Events Sdn Bhd yang berpengkalan di utara tanah air, merupakan psat sehenti perkahwinan Melayu dan Cina sejak 1965. Berbekalkan pengalaman lebih 50 tahun dalam industri perkhidmatan perkahwinan, syarikat ini mengorak langkah jauh dengan memperkenalkan edisi dewan acara terkini mereka di kawasan Lembah Kelang. 

VIP Suite Rooms

 

Bagi pelanggan yang menginginkan majlis yang berskala kecil dan 'personal' ,atau ruang mesyuarat, pihak MAGICA Events telah menyediakan bilik suite yang dapat menampung antara 40 hingga 80 tetamu pada satu-satu masa. Terdapat 2 pilihan bilik Suite VIP yang fleksible bersama ruang legar yang luas bagi memenuhi keperluan sebarang acara.

Garden Hall

 

Sebagai kelainan, pihak MAGICA Events telah mengadakan satu dewan yang menampilkan suasana ala hutan hijau persis taman nan damai lagi mengasyikkan. Bagi menghidupkan suasana alami, dewan ini dilengkapkan dengan suasana puitis yang berlatarbelakangkan irama alam semulajadi termasuk bunyi kicau burung dan deruan air. Suasana damai yang terhasil sesuai untuk diadakan majlis pertunangan serta resepsi yang bertemakan 'Garden Wedding' .

 

Dewan ini mampu memuatkan untuk memuatkan jumlah tetamu sehingga 250 orang dengan susunan meja dan 700 orang tetamu untuk acara secara buffet.

 

 Garden Hall

Classic Hall

 

Dengan ruang berkeluasan 12,000 kaki persegi dewan ini dilengkapi dengan pentas siap-sedia, pintu masuk yang didekorasi dengan hiasan bunga-bungaan bersama hamparan karpet merah. Dewan ini turut dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan AV yang mampu memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis ke tahap yang lebih berprestij. Di dalam dewan ini, pelanggan boleh bermain dengan ekspresi sentuhan peribadi dengan menyerlahkan kreativiti sendiri mendekorasi setiap inci ruang dewan mengikut citarasa sendiri.

 

 Classic Hall

Magical Hall

 

Berada di dalam dewan ini seolah olah kita merasakan berada di ruangan penuh magis. Dewan utama ini menampilkan gaya interior ekstravaganza dengan dekorasi penuh lampu 'chandelier'  yang memukau, terdiri dari juntaian kelopak-kelopak kaca dan kristal yang bergemerlapan. 

 

Sementara itu, dibahagian tengah dewan, pihak MAGICA Events turut menyediakan platform laluan peragaan (runway), yang diperbuat daripada lantaian kaca sepanjang 22 meter yang bersambung dengan pentas utama yang dihias penuh dengan bunga-bungaan. Bagaikan persona magikal yang terserlah indah, Dekorasi didalam dewan ini dihidupkan oleh sistem pencahayaan canggih yang meliuk-liuk bersama alunan muzik.

 

Dewan yang berkeluasan sama dengan Classic Hall ini mampu memuatkan sehingga 3,000 orang tetamu untuk acara secara buffet dan 700 orang tetamu dengan susunan meja. Dewan dengan fasiliti siap-sedia ini membolehkan majlis dapat dilansungkan dengan lebih mudah dan menjimatkan masa dan pada yang sama memukau pada setiap hari dan waktu.

 

 Magical Hall

 

Antara kemudahan lain yang disediakan pihak pengurusan Star Avenue Lifestyle Mall seperti, ruang niaga,surau, tandas dan banyak lagi. Kemudahan bas perantaraan (shuttle bus) turut disediakan dari stesen MRT berhampiran dengan kekerapan 10-15 minit.

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.