SELAMAT TINGGAL - KONSERT TERAKHIR BOYZONE DI KUALA LUMPUR

June 17, 2019

 

Kumpulan terkenal era 1990-an dari Ireland, Boyzone yang berusia 25 tahun diraikan ribuan penonton Malaysia buat kali terakhir di konsert selamat tinggal mereka di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam, Jumaat lepas.

 

Kuartet yang dianggotai oleh Ronan Keating, 40, Shane Lynch, 41, Keith Duffy, 42, dan Mikey Graham, 45, itu mempersembahkan lebih 20 lagu popular mereka sepanjang 25 tahun dalam industri muzik.

 

Antaranya Love Me For A Reason, Isn't It A Wonder, You Needed Me and Picture Of You.

Inilah janji mereka kepada peminat ketika mengadakan persembahan di Kuala Lumpur buat julung kali pada Ogos 2018 bagi meraikan ulang tahun ke-25 Boyzone sebagai sebuah kumpulan.

 

Pada konsert Boyzone - Thank You & Goodnight Farewell Tour itu, kumpulan tersebut turut memberi penghormatan kepada Stephen Gately, ahli kelima yang meninggal pada tahun 2009.

 

“Tidak ada satu hari pun yang berlalu tanpa kami mengingati beliau,” kata Keating sebelum mereka mempersembahkan lagu yang memuatkan suara mendiang Gately.

 

Konsert yang bermula jam 8.30 malam itu turut melihat penampilan bekas ahli boy band Westlife dan penulis lagu, Brian McFadden yang mempersembahkan tujuh lagu popular Westlife When You’re Looking Like That, Mandy and Swear It Again.

 

Boyzone telah menjual lebih 20 juta rekod dan sebanyak 21 lagu kumpulan ini pernah menduduki tempat teratas carta pop British, seperti Love Me for a Reason, No Matter What, All That I Need dan banyak lagi.

 

Persembahan mega konsert Boyzone dianjurkan Wowstar Creative Entertainment.

“Kuala Lumpur adalah antara bandar paling penting bagi rancangan strategik Wowstar di Asia.


“Ia satu penghormatan bagi kami kerana berjaya membawa lagenda kumpulan pop dari Ireland ini kembali ke Kuala Lumpur untuk mempersembahkan konsert terakhirnya kepada peminat-peminat Malaysia pada Jun ini,” kata Gloria Wei, Ketua Pegawai Eksekutif Wowstar Creative Entertainment.

 

BACA: BOYZONE BAKAL ADAKAN KONSERT TERAKHIR DI KUALA LUMPUR

 Momen persembahan terakhir Kumpulan Boyzone

Terkini, syarikat terbabit telah berjaya menganjurkan persembahan penyanyi dan penulis lagu berasal Amerika Syarikat iaitu Jason Mraz di Asia termasuk di Kuala Lumpur pada 13 Mei lalu.

 

Untuk bulan-bulan berikutnya, syarikat hiburan tersebut akan menganjurkan persembahan artis dan kumpulan antarabangsa termasuk beberapa kumpulan pop, rock dan penyanyi fenomena dan popular di Asia.

 

Walaupun baru berusia setahun lebih dalam beroperasi, Wowstar Creative Entertainment telah berjaya menganjurkan antara 40 hingga 50 konsert dan melabur dalam 10 projek filem berbahasa Kantonis atau Mandarin.

 

Ini merangkumi barisan bintang K-Pop, J-Pop, Hong Kong and Mandarin, artis dan kumpulan antarabangsa serta pelaburan strategik dalam filem blockbuster aksi ‘urban terrorism’ berjudul, “Shock Wave 2” hasil terbitan dan lakonan pelakon popular Andy Lau. 

 

Kami mengalu-alukan hubungan akrab dengan rakan kongsi kami yang sedia ada di rantau Asia Pasifik ini, dan kami ingin membina hubungan baru dengan rakan kongsi berpotensi dalam pasaran” kata Wei lagi.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.