ARCHIQ 2019 JADI MEDAN MEMACU KEMAJUAN AMALAN SENIBINA MALAYSIA

June 18, 2019

 

archiQ [arki-queue] merupakan sebuah persidangan antarabangsa yang dihoskan oleh  ASSOCIATION of CONSULTING ARCHITECTS MALAYSIA (ACA:M) setiap tahun yang bertujuan untuk memajukan amalan pintar perniagaan para arkitek di Malaysia.

 

Selain itu, persidangan antarabangsa  archiQ turut memberi fokus kepada pegamal arkitek di Malaysia dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran perniagaan secara berterusan dengan senentiasa mengikuti perkembangan teknologi dan kemajuan  perniagaan dalam perspektif pasaran hari ini.

 

 

"Kerjaya sebagai Arkitek bukan lagi satu amalan pekerjaan yang hanya berkait rapat dengan senibina serta sains bangunan. Hari ini kita lihat tedapat banyak perkara yang melengkapi serta unsur-unsur yang bertentangan yang saling berkaitan dalam amalan senibina, dan seharusnya para pengamal Arkitek samada yang muda mahupun veteran untuk tidak melepaskan peluang supaya menjadikan persidangan antarabangsa archiQ 2019 sebagai medan untuk mempelajari sesuatu dari semua penceramah yang berpengalaman luas yang dijemput ke persidangan ini," ujar Ar Jasmeet Sidhu, Presiden ACA:M merangkap Pengarah archiQ 2019 . (gambar)

 

Persidangan dua (2) hari itu telah diadakan pada 15 hingga 16 Jun 2019 bertempat di Kolej Consist, Ulu Kelang dan menampilkan seramai sepuluh (10)  dari pelbagai latar belakang untuk menyampaikan dan berkongsi ilmu bagaimana untuk menjalani amalan senibina yang betul dalam persekitaran yang begitu kompetitif hari ini. Dengan penampilan lima (5) penceramah setiap hari, para peserta akan diberi pendedadan menarik dalam pelbagai topik yang meliputi pelbagai isu berkaitan amalan harian seorang pengamal Arkitek. Antara topik-topik yang diketengahkan adalah seperti berikut:

 

Hari Pertama:

 

  • Ahmed Subactogin, CEO/MD, Par Synergy (M) Sdn Bhd

Topik | Specialist Food Facilities Design

 

  • Dato' Zubair Afandi bin Omar, Artis

Topik | Art: The Next Financial Equity

 

  • Feisal Noor, VP, AECOM South-East Asia

Topik | Challenges of the River of Life

 

  • M.Puravalen, Partner, Valen, Oh & Partners, Solicitors

Topik | Strict Liability: How it Affects Architects

 

  • Aminah bte Abd Rahman, General Manager, Construction Research Institute Malaysia

Topik | Timely Construction Permits

 

 

Hari Kedua

 

  • Dato' Nitin Nadkarni, Partner, Lee Hishammuddin Allen & Gledhill, Solicitors

Topik | Staying Safe in a Litigious Society

 

  • Christopher Chang, Director of IFS Advisory Services Sdn Bhd

Topik | Taxation Principles for Architects

 

  • Ir Nirinder Singh Johl, Managing Director, TNBX Sdn Bhd

Topik | Solar: Is it a Viable Option in Malaysia

 

  • Girish Ramachandran, Executive Director of 27 Advisory Sdn Bhd

Topik | Investible Masterplans

 

  • Adj Prof Anthony Wong, Board Member, Malaysia Gree Building Council

Topik | Replacing Waste Water Treatment Plants with Structured Wetlands

archiQ 2019 telah berjaya menyediakan kefahaman yang berbeza dan mendalam dalam beberapa topik berkaitan serta menggalakan konsep pembelajaran sebaya yang bermakna, sekaligus membuka jalan untuk para Arkitek untuk mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dari persidangan ini dalam persekitaran pekerjaan mereka.

 

"Sementara  rekabentuk menjadi teras utama kompetensi seorang Arkitek, kemahiran serta pintar perniagaan secara seimbang diperlukan untuk berjaya dalam persekitaran dunia yang kompetitif hari ini. Dengan archiQ  yang meliputi pelbagai topik setiap tahun, kami begitu bersemangat dan berkeyakinan bahawa kesemua peserta akan memperolehi lebih banyak input dalam persidangan ini pada tahun-tahun mendatang." tambah Ar Jasmeet Sidhu.

 

ACA:M percaya untuk menjadikan kerjaya Arkitek sebagai kerjaya yang disegani dan dihormati, para Arkitek perlulah memiliki ilmu serta kemahiran perniagaan yang mendalam untuk mengambil peranan yang berbeza semasa melaksanakan tanggungjawab secara profesional dan tekun terhadap setiap pelanggan mereka khususnya dan masyarakat secara amnya.

 

GALERI | SEKITAR HARI PERTAMA PERSIDANGAN ANTARABANGSA ARCHIQ

 

TENTANG ACA:M

 

The Association of Consulting Architects Malaysia (ACA:M) merupakan sebuah organisasi berdaftar di peringkat nasional yang mewakili kepentingan secara kolektif keseluruhan firma arkitek di seluruh Malaysia. Fokus utama ACA:M adalah

 

  • Menyalurkan segala isu serta cabaran yang dihadapi oleh setiap ahli, khususnya perkara yang melibatkan perniagaan senibina; dan

  • Mewakili serta menyokong firma pengamal senibina yang bernaung dibawahnya dengan memberi perkhidmatan pada tahap terbaik

 

Selari untuk mengekalkan tahap profesionalisme di dalam industri, hanya firma yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) sahaja yang akan diterima sebagai Rakan Korporat penuh yang mana seterusnya layak untuk mengundi di dalam ACA:M. Setiap ahli akan diwakili oleh wakil yang ditetapkan (Designated Representative) yang terdiri dari Prinsipal / Rakan Kongsi / Pengarah Firma. Sehingga Jun 2019, Keahlian Korporat ACA:M telah mencecah lebih dari 130 buah firma.

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.