UJANG EXISTS MUNCUL DENGAN 'DRUMSTICKS' SIRI SIGNATURE PROMARK

June 21, 2019

 

Sebuah sejarah terlakar dalam industri muzik tempatan apabila salah seorang pemain dram terbaik Malaysia kini mempunyai kayu pemukul dram 'drumsticks' sendiri. Tambahan lagi ia merupakan 'drumsticks' jenama Promark yang merupakan sebuah jenama terkenal dunia.

 

Ujang Exist merupakan satu-satunya pemain dram berasal dari Malaysia yang mempunyai kayu pemukul dram signatur dibawah jenama Promark. Ini merupakan sesuatu yang patut dibanggakan untuk pemuzik tempatan kita. 

 

Menurut Pengurus Besar JS Music Distribution, Encik Tung Kean Jin, proses komunikasi dan pengurusan telah dilakukan selama setahun, mengambil kira proses pemilihan rekabentuk, model, saiz serta pengesahan sehinggalah alatan ini siap sepenuhnya dan sedia untuk diedarkan di Malaysia. 

 

"Saya berasa sangat terharu kerana akhirnya mempunyai 'signature series' saya. Ini merupakan satu pengiktirafan dari Promark untuk pemuzik tempatan. Saya berharap selepas ini, ramai lagi pemuzik tempatan kita yang mendapat perhatian dan pengiktirafan dari jenama-jenama yang dipercayai baik di Malaysia mahu pun di luar negara," ujar Ujang yang merupakan pemain dram kumpulan Exists.

 

Pemain dram profesional yang sudah 28 tahun dalam industri ini juga turut merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak JS Music yang bertungkus lumus dalam memastikan penghasilan 'drumsticks' ini hingga ia sampai ke tangannya.

 

Buat para peminat Ujang Exist dan instrument dram, 'drumsticks' rekaan signatur Ujang Exixst ini mempunyai ciri khas dari jenis hickory dan dijual dengan harga RM79.00. Pembuatan alatan ini melalui beberapa proses pembikinan termasuk proses pemanggangan bagi mendapatkan ketumpatan yang padat. 'Drumsticks' ini dihasilkan dalam kuantiti terhad  dalam bilangan 144 pasang sahaja untuk fasa pertama.

 

 

"Drumsticks ini dihasilkan di kilang di Houston, Amerika Syarikat. Kami memilih untuk menghasilkan 'drumsticks' dari jenis SA buat masa ini dan merancang untuk menghasil dan mengedarkan jenis 7A pula," ujar Jin lagi.

 

'Drumsticks' jenama Promark turut digunakan oleh pemain dram terkenal seperti Mike Portnoy (Dream Theatre), Simon Philips (Toto) dan lan Paice (Deep Purple).

 

'Drumticks' ini sudah boleh mula didapati di JS Music, 133, Jalan Imbi, Imbi Kuala Lumpur Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 0321444555 atau di laman Facebook dan Instagram JS Music.

 

Sementara itu, untuk peminat-peminat Ujang juga boleh mengikuti akaun media sosial Instagram (@ujangexist) untuk sebarang infomasi terkini.|MYBUZZ!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.