AZHARINA BUAT SIDANG AKHBAR KONSERT DI AWAN BIRU

June 23, 2019

 

Konsert sulung penyanyi Azharina Azhar bakal berlansung pada 29 Jun 2019 di Shah Alam Royale Theater. Sidang akhbar pertamanya telah berlansung beberapa bulan yang lalu bagi menwar-warkan berita tentang konsert tersebut.

Semalam Azharina Azhar sekali lagi telah mengadakan  sidang akhbar buat kali kedua sebagai ‘hype’ kepada konsert tersebut. Sidang media tersebut mencipta sejarah apabila buat julung kalinya di adakan di dalam pesawat komersil pada ketinggian 38,000 kaki merentasi Laut China Selatan.

Sidang media tersebut menjadikan Azharina Azhar sebagai penyanyi pertama Malaysia yang mengadakan sidang media di atas udara.

Semua ini dapat direalisasikan dengan usaha keras pihak pengurusan Azharina, Atlas One Events dengan kerjasama Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia untuk kali ke 11 berturut- turut, Air Asia Berhad.

Menurut Azharina beliau amat bersyukur kerana salah satu dari impiannya telah menjadi kenyataan. Azharina, pihak pengurusan serta wakil syarikat Air Asia dan pihak media semalam berlepas ke Kota Kinabalu dengan pesawat AK5016.

Sebelum sidang media berlansung, Azharina sempat menghiburkan para penumpang penerbangan tersebut dengan menyanyikan lagu popularnya Elegi Sepi dan sebuah lagu Inggeris, What’s Up nyanyian asal Kumpulan 4 Non Blondes. Persembahan Azharina diiringi petikan gitar oleh Korie Aminuddin.

Sehingga kini tiket Konsert Azharina Azhar -Queen of Souls itu hampir laris. Menurut wakil pengurusan Atlas One Event, Syahrizal Ismail, sehingga kini hanya tinggal kurang dari 100 tempat duduk sahaja yang masih tinggal.

Azharina akan mempersembahkan lagu lagu hitsnya seperti Elegi Sepi, Rawan, Sekian Terima Kasih, Cinta Terbagi Dua dan banyak lagi termasuk secara medley. Azharina juga akan diiringi oleh pemuzik pemuzik serta penari penari profesional dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya melalui Kelab Sukan & Rekreasi (KSDK) MBPJ yang juga Rakan Strategik Concert Azharina : Queen of Soul.

Konsert yang dianggarkan hampir dua jam ini juga bakal menyaksikan Azharina melancarkan lagu barunya iaitu Kau Kasihku ciptaan komposer dan penyanyi Korie Aminuddin. Kau Kasihku pastinya memberi kelainan dan memberi cabaran terhadap vokal Ratu Soul Azharina kerana melodi yang cukup kuat dari Korie.

Untuk mendapatkan tiket Concert Azharina Queen of Soul, para peminat boleh layari www.proticket.com.my atau melalui Whatsapp di 0107616844.

GALERI | SIDANG MEDIA KE-2 KONSERT AZHARINA AZHAR: QUEEN OF SOUL

 

 

 


CONCERT AZHARINA : QUEEN OF SOUL
Tarikh : 29 Jun 2019 (Sabtu)
Masa : 8.30 malam
Lokasi : Shah Alam Theatre
Online Booking : www.proticket.com.my Hotline : 03 7880 7999 & 010 7616 844
CONCERT AZHARINA : QUEEN OF SOUL
Tarikh : 29 Jun 2019 (Sabtu)
Masa : 8.30 malam
Lokasi : Shah Alam Theatre
Online Booking : www.proticket.com.my Hotline : 03 7880 7999 & 010 7616 844

 

 


 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.