PAMERAN I LOVE COFFEE & TEA EXPO DI DA MEN MALL SUBANG JAYA


Golden Land Expo (M) hari ini melancarkan pameran I LOVE COFFEE & TEA EXPO di Da Men Mall, Subang Jaya. Pameran untuk penggemar kopi itu akan berlansung selama 7 hari bermula dari 24 Jun sehingga 30 Jun 2019 dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.


Sepanjang 7 hari pameran berlansung, pihak penganjur turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik setiap hari seperti pameran teh dan kopi , demo penyediaan kopi dan teh serta gerai-gerai bertema sebagai cara untuk menarik pengunjung khususnya para penggemar kopi di sekitar Lembah Kelang.


Selain dari itu, turut diadakan persembahan untuk pengunjung dewasa dan pertandingan mewarna yang bertemakan kopi untuk kanak-kanak serta promosi dan tawaran harga menarik atas setiap produk yang terlibat.


Pihak pengajur turut akan mengadakan program CSR bersama 2 rumah kebajikan iaitu Rumah Orang Tua dari (Yi Xing USJ Old Folks Home) dan Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah(RACTAR pada 28 Jun 2019. Antara aktiviti yang telah dirangka adalah seperti aktivtiti menghiasi kek kopi dan biskut serta aktiviti minum petang.


Program CSR ini adalah bertujuan untuk memastikan penglibatan setiap warga penghuni 2 buah rumah kebajikan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Dalam masa yang sama aktiviti ini dapat mendekatkan mereka dengan masyarakat dan dalam masa yang sama mereka dapat merasakan diri mereka dihargai dan disayangi.

Pameran I LOVE COFFEE & TEA ini diadakan secara percuma! Pengunjung boleh mendapatkan tawaran hebat serta hadiah percuma dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh pihak penganjur di sepanjang pameran berlansung. Untuk maklumat lanjut sila hubungi urusetia pameran I LOVE COFFEE & TEA Expo ditalian +6012 264 5727 (Joon) +6012970 8229 (Kelvin)

GALERI | PERASMIAN PAMERAN I LOVE COFFEE & TEA EXPO, DA MEN MALL


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.