ASTRO WARNA PERKENAL PROGRAM REALITI MUZIKAL KOMEDI TERBAHARU - MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR


‘Muzikal Lawak Superstar’, program realiti muzikal komedi terbaharu dari Astro Warna ini bakal dipancarkan secara langsung eksklusif dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) pada setiap hari Jumaat, 9.00 malam mulai 28 Jun 2019. Untuk pilihan alternatif, program ini turut boleh ditonton di mana sahaja menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand & juga boleh dinikmati menerusi platform digital, seperti saluran YouTube Astro Gempak (untuk minggu pertama sahaja). Pelanggan NJOI boleh menikmati siaran langsung ‘Muzikal Lawak Superstar’ minggu pertama ini secara percuma di NJOI TV saluran 100.

Mengandingkan 14 kumpulan yang tediri daripada barisan pelawak, bersama artis-artis dari pelbagai cabang industri hiburan seperti pelakon, penyanyi dan personaliti popular, ‘Muzikal Lawak Superstar’ yang bakal bersiaran selama 10 minggu ini akan dikemudikan oleh dua nama sensasi dalam industri, dan mereka adalah pelakon dan pengacara popular, Nabil Ahmad dan Nabila Huda. Manakala komposer dan pemain gitar yang begitu disegani ramai, Shah Nizam Abdul Halim atau lebih dikenali dengan Shah (Slam) akan bertindak sebagai Pengarah Muzik.

Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Warna, Astro Prima & InTrend berkata:

Didorong oleh sokongan hebat dan kepercayaan yang diberi penonton terhadap program-program komedi saban tahun, Astro Warna selaku saluran komedi pertama di Malaysia begitu teruja dalam membawakan program-program segar lagi menghiburkan untuk tontonan audiensnya.

Menyuntik sedikit kelainan dalam program realiti terbitan Astro Warna ini, kami mengangkat konsep pertunjukan muzikal yang bergerak secara tandem dengan elemen komedia. Idea Idea ‘Muzikal Lawak Superstar’ dizahirkan selepas melihat keterujaan dan respons positif yang ditunjukkan penonton setiap kali kami mempertontonkan ‘Minggu Tema Muzikal’ di program signature ‘Maharaja Lawak Mega’. Sokongan dan gelak tawa penonton baik di dewan utama mahupun di rumah dilihat lebih luar biasa dari kebiasaan, dan ia turut menjadi topik bualan utama di ruangan-ruangan digital serta menjadi antara episode yang meraih rating tertinggi sepanjang musim bersiaran. Kami yakin, format seumpama ini mampu memenangi hati peminat terutamanya mereka yang menginginkan pendekatan yang berbeza dan tidak klise."


Program Muzikal Lawak Superstar bakal menampilkan tiga figura seni yang berkaliber lagi berpengaruh untuk menyarung jersi ‘Juri Profesional’ yang mana akan memanaskan kerusi di bahagian penjurian secara tetap selama 10 minggu berturut-turut. Mereka adalah lagenda rock negara, Datuk Awie, yang akan menilai dan memberi markah berdasarkan lakonan, sketsa, nilai komedi dalam persembahan peserta. Beliau akan ditemani pelakon wanita versatil, Nora Danish, yang akan menilai dan memberi markah berdasarkan tahap kreativiti lakonan peserta, mewakili pandangan penonton. Dan juri tetap seterusnya, komposer dan ikon rap popular Altimet, akan menilai dan memberi markah berdasarkan kreativiti lirik, persembahan muzikal peserta, juga sketsa komedi.


Dari segi format pemarkahan pula, 50% jumlah pemarkahan diberikan oleh barisan juri tetap manakala 50% lagi adalah undian penonton menerusi undian SMS & undian atas talian. Cara mengundi secara SMS adalah dengan cara menaip MLS <jarak> Nama Kumpulan dan hantarkan ke 32777 atau undian secara pukal dengan cara menaip MLS3/MLS5/MLS10/MLS20 <jarak> Nama Kumpulan dan hantarkan ke 32777. Manakala untuk undian atas talian pula dengan cara melayari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com, dengan log masuk menggunakan akaun Astro atau Facebook. Undian akan dibuka secara rasmi bermula Jumaat, 28 Jun 2019, jam 9 malam.


Hadiah lumayan menanti para pemenang program Muzikal Lawak Superstar Musim Pertama. Juara bakal membawa pulang hadiah kemenangan bernilai RM150,000 bersama trofi. Sementara itu Naib Juara bakal membawa pulang hadiah kemenangan bernilai RM75,000 bersama trofi manakala pemenang tempat ketiga dan keempat, masing masing bakal membawa pulang hadiah bernilai RM 50,000 dan RM25,000 bersama trofi.


Selaku penaja rasmi internet bagi program ini, Digi akan memperkenalkan program baharu, ‘Digi Extra Lawak’ yang akan bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132), Astro Warna HD (saluran 124) dan di platform digital, Gempak Web pada setiap hari Jumaat, mulai 28 Jun 2019, jam 8.15 malam hingga 8.45 malam selama 10 minggu (segmen ini bersiaran selama 30 minit sebelum tirai konsert mingguan dibuka). Sementara itu Radio Sinar akan bertindak sebagai radio rasmi dan Zon Lawak di bawah Astro Gempak akan bertindak selaku media rasmi.



SENARAI PENUH KUMPULAN YANG BERTANDING

TRIVIA MENGENAI ‘MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR’

  • ‘Muzikal Lawak Superstar’ yang diinspirasikan dari ‘Minggu Tema Muzikal’ di program signature ‘Maharaja Lawak Mega’ ini akan dijayakan oleh 14 kumpulan yang mana setiap kumpulan akan diwakili oleh dua orang pelawak dan seorang pelakon / penyanyi / selebriti popular (tiga orang dalam setiap kumpulan).


  • Rancangan yang berkonsepkan komedi muzikal ini bakal menyaksikan gabungan sulung pengacara popular tanah air Nabil Ahmad dan pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di ‘Festival Filem Malaysia ke-30’, Nabila Huda.


  • Keunikan ‘Muzikal Lawak Superstar’ ini adalah dari aspek konsepnya, di mana setiap kumpulan akan diberikan 3-5 minit untuk melakukan persembahan sketsa komedi & muzikal berdasarkan situasi lokasi yang berbeza setiap minggu, misalnya situasi perkampungan nelayan, situasi di sekolah, situasi di bandar, kenduri kahwin, pusat membeli-belah, hutan belantara, hospital dan sebagainya.


  • Persembahan-persembahan yang dibawakan oleh para peserta yang bergenre muzikal komedi itu semestinya akan mencuit hati penonton, tambahan pula dengan kehadiran artis-artis jemputan sebagai side-kick istimewa di minggu ke-8. Siapakah mereka? Nantikan kelak.


  • Dalam pada itu, setiap kumpulan akan dinilai dan dikritik oleh tiga orang Juri Profesional yang merangkap juri tetap iaitu Datuk Awie, Nora Danish dan Altimet pada setiap akhir persembahan dengan pemberian markah mewakili peruntukan peratusan sebanyak 50% kepada setiap satu kumpulan. Baki peruntukan peratusan sebanyak 50% pemarkahan lagi akan ditentukan oleh penonton menerusi undian SMS (MLS <Jarak> Nama kumpulan dan hantarkan ke 32777 atau undian secara pukal (MLS3/MLS5/MLS10/MLS20 <jarak> Nama Kumpulan dan hantarkan ke 32777). Penonton juga boleh mengundi secara atas talian dengan melayari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com dengan log masuk menggunakan akaun Astro atau Facebook. Kumpulan yang jumlah keseluruhan markahnya tercorot pada minggu tersebut akan disingkirkan.


  • Penjurian markah ditentukan menerusi tahap kreativiti sketa komedi, kreativiti lirik & dialog, lakonan & persembahan pentas dan nyanyian yang dipersembahkan. Konsep ‘Star’ juga akan digunapakai sebagai salah satu cara pengiraan markah, dan pemberian ‘Star’ ini adalah eksklusif untuk Juri Profesional sahaja.


  • Bagi kumpulan yang menduduki undian teratas pada setiap minggu pula, akan diberikan ganjaran (reward), antaranya kad imuniti (yang hanya boleh digunapakai sehingga minggu suku akhir), atau memilih giliran persembahan minggu seterusnya, memilih juri mana yang boleh memberi komen pada persembahan mereka, dan juga berpeluang memilih ‘live props’ (seperti penari latar atau pelakon tambahan) yang akan bertindak sebagai pembantu dalam persembahan mereka.


  • Manakala setiap minggu, setiap kumpulan 3 terendah pula akan dikenakan denda di mana pada minggu seterusnya, satu ‘lagu denda’ akan diberikan dan diumumkan pada setiap kumpulan 3 terendah itu. Cabarannya, mereka dikehendaki menyelitkan dan menyesuaikan ‘lagu denda’ tersebut dengan situasi lokasi yang telah ditetapkan pada minggu seterusnya. Peserta perlu berfikiran lebih kreatif dan inovatif untuk memenangi hati Juri Profesional dan Juri Awam.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.