FILEM ANIMASI BOBOIBOY 2 MOVIE BAKAL MULA TAYANGAN 8 OGOS 2019

June 26, 2019

 

  • Sejak ditayangkan pada Mac 2019, trailer acah Boboiboy Movie 2 di Youtube telah mencecah lebih 8 juta tontonan. 50% daripada jumlah trafik yang dicatatkan berasal dari luar Malaysia.

  • Boboiboy Movie 2 akan ditayangkan serentak di 500 buah pawagam di 5 negara termasuk Malaysia, Brunei, Indonesia,Singapura dan Vietnam.

  • Pembikinan Boboiboy Movie 2 bermula pada Mei 2018 dan siap pada Jun 2019 serta menelan kos sebanyak RM7 juta.

  • Penonton sasaran untuk Boboiboy Movie 2 ialah keluarga serta kanak-kanak berumur 7-12 tahun. Nilai murni dan mesra keluarga menjadikan filem animasi ini sesuai untuk tontonan semua peringkat umur

 

BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) bakal menemui penonton bermula 8 Ogos ini. Majlis pelancaran filem ini telah diadakan di Battle Arena, Jaya Shopping Centre pada 25 Jun 2019, turut memaparkan poster dan trailer rasmi, serta lagu tema. 

 

BoBoiBoy Movie 2 merupakan filem animasi Malaysia pertama yang ditayangkan serentak di 5 buah negara. Filem animasi yang menggabungkan elemen Adiwira, Pengembaraan Sci-Fi dan Komedi ini akan ditayangkan di 500 pawagam seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam. Ini membuktikan bahawa ramai menanti kemunculan filem ini, bukan sahaja di Malaysia malah merangkumi negara-negara Asia Tenggara yang lain. 

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abd Razak, “Sebagai penerbit, kami sangat gembira kerana ini merupakan kali pertama sebuah filem animasi Malaysia berjaya mendapat tayangan serentak di 5 buah negara. Sokongan daripada peminat-peminat antarabangsa sememangnya memberi semangat untuk kami lancarkan filem BoBoiBoy Movie 2 di serata Asia Tenggara.” 

 

Buat julung kalinya, Animonsta Studios bekerjasama dengan Astro Shaw. Ketua Kandungan Astro Shaw & Nusantara, Bahagian Perniagaan Melayu & Nusantara, Raja Jastina Arshad menyatakan bahawa mereka amat teruja untuk memasarkan BoBoiBoy Movie 2 di pawagam. Ini merupakan filem animasi pertama yang terlibat bersama Astro Shaw. “Astro mempunyai platform untuk mempromosi filem yang kuat dan menyeluruh. Di samping itu, kami merancang untuk membuat siri jelajah ke seluruh negara bagi membawa maskot BoBoiBoy dan kawan-kawan lebih dekat dengan peminat yang ingin menonton BoBoiBoy Movie 2.” Sebelum ini, Animonsta Studios dan Astro pernah bekerjasama melalui Astro Go Shop untuk mempromosikan barangan eksklusif BoBoiBoy Galaxy di www.goshop.com.my.

 

Idea untuk BoBoiBoy Movie 2 terhasil selepas kejayaan BoBoiBoy The Movie (2016) yang berjaya mendapat kutipan RM18 juta. Berbekalkan pengalaman dari filem pertama, Animonsta Studios menjanjikan kelainan dari segi kualiti animasi dan juga visual yang bermutu tinggi. Kos keseluruhan filem ini adalah sebanyak RM7 juta, dan produksi memakan masa 12 bulan. 

 

Penyanyi terkenal tanah air, Faizal Tahir, menyanyikan lagu tema BoBoiBoy Movie 2 yang berjudul 'Fire & Water'. Lagu tema yang sarat dengan mesej positif ini menekankan semangat percaya pada diri, dan tidak berputus asa. Kata Encik Nizam lagi, “Kami ingin menanam nilai murni menerusi BoBoiBoy Movie 2. Dengan memberikan superhero yang bersifat positif, BoBoiBoy merupakan contoh teladan yang baik untuk kanak-kanak.” Sebagai seorang penghibur versatil dan berkarisma, serta penglibatan beliau dalam misi kemanusiaan di serata dunia, pemilihan Faizal Tahir amat sesuai dengan imej BoBoiBoy. 

 

BoBoiBoy Movie 2 akan mulakan tayangan serentak pada 8.8.19 di 500 pawagam seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan Vietnam.

GALERI | MAJLIS PELANCARAN FILEM BOBOIBOY 2 MOVIE, TRAILER & RUNUT BUNYI

 

 

 

Bahasa: Melayu
Sarikata: Inggeris  dan Mandarin
Klasifikasi:
Tarikh Tayangan: 8 Ogos 2019
Genre: Animasi
Durasi: 1 Jam 50 Minit
Pengedar: Astro Shaw
Pelakon: Nur Fathiah Diaz, Fadzli Mohd Rawi, Dzubir Mohammed Zakaria, Wong Wai Kay, Nur Sarah Alisya Zainal Rashid, Yap Ee Jean
Pengarah: Nizam Abdul Razak
Format: 2D

 

SINOPSIS

 

BoBoiBoy Movie 2 mengisahkan tentang BoBoiBoy dan rakan-rakan yang diserang oleh Retak’ka, pengguna asal Kuasa Elemental. Retak’ka ingin merampas semula Kuasa Elemental daripada BoBoiBoy dan menggunakannya untuk menguasai galaksi. BoBoiBoy dan rakan-rakan perlu mencari cara untuk menghentikan Retak’ka dan menyelamatkan galaksi dari ancamannya. 

 

  Trailer terbaharu filem animasi Boboiboy 2 Movie

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.