NOKIA 2.2 PERANTI BAJET RENDAH DALAM KELUARGA ONE ANDROID

June 26, 2019

  • didatangkan dengan pengimejan cahaya suram dikuasakan oleh AI, nyah kunci wajah biometrik, butang khas Google Assistant dan sedia Android Q

 

HMD Global, pengeluar telefon Nokia, hari ini melancarkan telefon pintarnya yang terbaru, Nokia 2.2. Telefon pintar kelas permulaan ini didatangkan dengan pengimejan cahaya suram dikuasakan AI yang serba canggih dan butang khas Google Assistant, semuanya pada harga yang sangat menarik. Nokia 2.2 merupakan telefon pintar siri 2 Nokia pertama yang menyertai program Android One, membolehkan pengguna menikmati sepenuhnya pengalaman Android terbaru.  Dilengkapi dengan Android 9 Pie, Nokia 2.2 akan menerima naik taraf OS selama dua tahun dan tiga tahun kemas kini keselamatan bulanan, memastikan ia mendapat akses kepada semua inovasi terkini Android. Nokia 2.2 boleh didapati di semua pengedar sah Nokia di seluruh negara pada harga runcit RM399 mulai Jumaat, 28 Jun 2019.

 

Pengurus Negara (Malaysia dan Myanmar) HMD Global, Vijay Thangavelu berkata, 
Kami percaya bahawa inovasi terbaru dan terhebat dalam industri ini perlu dinikmati oleh semua orang. Ini termasuklah pengalaman Android terbaik, walaupun untuk telefon pintar kelas permulaan. Nokia 2.2 menawarkan semua itu kepada para pengguna. Ia membawakan pengalaman AI terbaik seperti pengimejan cahaya suram tercanggih dan Google Lens kepada lebih ramai pengguna berbanding sebelumnya. Kami gembira kerana Nokia 2.2 merupakan telefon pintar pertama dalam sirinya yang menyertai keluarga Android One, memanjangkan lagi purata hayat telefon pintar, memastikan peranti anda kekal segar dengan kemas kini keselamatan secara berkala. Hayat Nokia 2.2 juga dijamin kerana ia sedia untuk menerima Android Q dan kami sangat teruja untuk melihat inovasi Android yang seterusnya.”

 

Pengimejan cahaya suram dikuasakan teknologi AI


Menawarkan kecanggihan pengimejan cahaya suram dikuasakan AI pada tahap harga sebegini, Nokia 2.2 berupaya mengambil gambar yang jelas walaupun dalam keadaan cahaya yang sangat suram. Kameranya akan mengambil beberapa imej serentak dan menggunakan algoritma termaju menghasilkan satu imej yang lebih cerah, sangat jelas dan kurang herotan. Fotografi HDR merakam warna-warna dengan julat dinamik yang lebih besar dalam setiap gambar. Jadikan foto anda lebih menarik dengan Google Photo dikuasakan AI yang menampilkan ciri-ciri seperti ‘Colour Pop’ yang menarik perhatian terhadap subjek anda, ‘Colourise’ menjadikan imej monokrom berwarna-warni sepenuhnya dan ‘Beautify’ menyerlahkan lagi ciri-ciri semula jadi bagi menghasilkan swafoto terbaik. 

 

Selain daripada itu, para peminat turut mendapat akses kepada trend teknologi terkini dengan ‘nyah kunci wajah’ dan Google Lens. Nokia 2.2 didatangkan dengan ciri nyah kunci wajah biometrik yang membolehkan anda mengakses telefon anda dengan mudah. Selain Nokia 2.2, tidak banyak telefon pintar lain di dalam segmen berkenaan dilengkapi dengan ciri serupa. Apa yang membuatkan Nokia 2.2 berbeza dengan telefon lain yang sama harga dengannya ialah ciri nyah kunci dikuasakan AI yang dimilikinya menggunakan algoritma ‘deep learning’ dan ‘liveliness detection’ bagi memastikan pengesahan wajah dibuat dengan tepat dan kalis penipuan. Google Lens membolehkan anda mencari apa yang anda lihat dengan hanya menghalakan lensa kamera ke arah produk yang anda suka, ia akan memberitahu bagaimana anda boleh membelinya. Atau, halakan lensa pada kulit album bagi mengetahui muzik terbaru untuk distrim melalui perkhidmatan muzik seperti Spotify.

 

Nokia 2.2 turut menawarkan trend terbaru dalam reka bentuk skrin, menampilkan paparan hujung ke hujung tampak moden dengan ‘notch’ swafoto yang tidak terlalu menonjol, memaksimumkan permukaan skrin sementara mengekalkan saiznya yang kecil. Paparan HD+ 5.71” menawarkan skrin yang besar, sementara memastikan Nokia 2.2 kekal kompak untuk kegunaan sebelah tangan. Paparannya dilengkapi dengan kecerahan 400nits, memberikan pengalaman yang lebih terang untuk melihat kandungan. Semuanya dikuasakan oleh cipset Quad Core MediaTek A22 CPU yang direka bagi mengoptimumkan penggunaan bateri, supaya caj bateri anda mampu bertahan sepanjang hari. 

 

 

Akses lebih pantas ke Google Assistant 


Nokia 2.2 membawakan pengalaman terbaik Google Assistant dengan butang khas Google Assistant pada harga terendah setakat ini. Tanyakan soalan kepada Google Assistant anda, dapatkan pandu arah, buat panggilan dan minta ia melakukan sesuatu perkara dengan lebih pantas berbanding sebelumnya. Hanya dengan sekali tekan, sekelip mata anda dapat mengakses Google Assistant dan tekan untuk beberapa saat membolehkan anda membuat permintaan lanjut dan beberapa tugasan.

 

Telefon Nokia sentiasa bertambah baik 


Nokia 2.2 merupakan telefon pintar siri 2 Nokia pertama yang menyertai keluarga Android One. Terbukti menawarkan pengalaman Android serta Google terkini, Nokia 2.2 juga sedia untuk menerima Android Q. 

 

Sedia kala dilengkapi dengan Android 9 Pie, Nokia 2.2 menawarkan akses kepada perkakasan kesejahteraan terbaru termasuklah ‘Dashboard’, ‘App timer’, mod ‘Wind Down’ dan ‘Do Not Disturb’ yang telah dipertingkatkan. Telefon pintar ini berupaya membantu anda memantau penggunaan peranti dan memadamkan semua gangguan visual bagi membolehkan anda bersendirian apabila anda mahu berbuat demikian. Ciri-ciri lain seperti ‘Slice’ dan ‘App Action’ berupaya menjangkakan tindakan anda yang seterusnya, memberikan pengintegrasian aplikasi serta pintasan yang dapat membantu anda menyempurnakan tindakan anda seterusnya dengan lebih pantas dan mudah berbanding sebelumnya. Lebih daripada itu, ‘Adaptive Battery’ menghadkan penggunaan bateri oleh aplikasi yang tidak selalu anda gunakan.

 

Nokia 2.2 menyertai barisan telefon pintar Nokia yang komprehensif dalam keluarga Android One, bermakna ia memberikan pengalaman inovasi serta perisian Android versi terkini. Telefon pintar Nokia dengan Android One menawarkan ruang storan lebih luas dan hayat bateri lebih lama sebaik sahaja dibeli dan didatangkan dengan jaminan kemas kini keselamatan bulanan selama tiga tahun dan menaik taraf OS dua kali. Sama seperti semua telefon pintar Nokia yang lain, Nokia 2.2 tidak mempunyai ‘bloatware’ tambahan, perubahan ‘skin’ atau UI serta proses tersembunyi yang boleh menjejaskan hayat bateri anda atau memenuhkan ruang storan anda.  

 

 

Kebolehdapatan  
Nokia 2.2 boleh didapati dalam warna ‘Steel’ dan ‘Tungsten Black’ pada harga runcit yang disyorkan RM399 untuk varian storan 2/16GB mulai 28 Jun 2019.

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.