NCIG EDISI WARNA BIRU PIKAT PEROKOK TEGAR

June 28, 2019

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya, pepatah yang sering diungkapkan oleh masyarakat Melayu kerana ianya melambangkan kata-kata nasihat yang baik untuk mengubah seseorang itu ke arah yang lebih baik. Oleh itu jenama produk alternatif berhenti merokok, NCIG semakin mendapat perhatian meluas seluruh rakyat Malaysia apabila rata-ratanya memuji dan berpuas hati dengan penggunaan peranti ini.

 

 PakDin menunjukan kepada umum ketika pelancaran NCIG Blue Edition di Majlis Sambutan Hari Raya Syarikat NCIG (M) Sdn Bhd pada 15 Jun lalu

 

Terbaru NCIG kini tampil dengan pelancaran Blue Edition pada 15 Jun lalu telah berjaya mencetuskan gelombang baru apabila sudah terjual lebih 16,000 unit dalam tempoh kurang dua minggu.

 

Menurut pengasas NCIG, Shariffuddin Bujang, pihaknya menerima maklum balas yang luar biasa daripada pengguna NCIG yang kini selesa menggunakan peranti ini sebagai salah satu alternatif untuk berhenti merokok.

 

“Kami amat berbesar hati apabila jenama NCIG semakin dikenali ramai terutama generasi muda yang kini berjaya mengubah gaya hidup mereka dengan NCIG. Malah ramai juga rakan selebriti yang menggunakan produk ini dan menyukai perisa yang kami perkenalkan.

 

“Kami percaya kejayaan NCIG Blue Edition ini adalah bukti semakin ramai rakyat Malaysia ingin mengubah gaya hidup mereka sekali gus menjadi pengikut setia kami.

 

“Kami berharap NCIG akan menjadi satu trend baru untuk lebih ramai rakyat Malaysia berhenti merokok dan menggunakan NCIG,” katanya.

 

Tambah Shariffuddin Bujang atau lebih dikenali PakDin, pengeluaran Blue Edition adalah satu satu cara untuk mengajak rakyat Malaysia berhenti merokok dengan pilihan yang mereka sukai.

 

“Jika sebelum ini NCIG tampil dengan warna Hitam dan Merah, namun kini bewarna Biru.

 

“Pengeluaran NCIG Blue Edition ini juga adalah salah satu cara kami untuk mengajak dan membantu 1 Juta perokok supaya berhenti merokok menjelang tahun 2020.

 

‘Kami bawakan edisi istimewa ini supaya rakyat Malaysia memilih warna peranti yang mereka suka untuk dibawa kemana-mana.

 

“Kami sangat optimis untuk membantu masyarakat Malaysia dan seluruh dunia untuk berhenti merokok dan mencuba peranti yang sudah membantu ramai masyarakat hari ini,” katanya.

 

Semasa majlis berkenaan turut diadakan sesi cabutan bertuah dan anugerah kepada Top Sales Achievers. Turut hadir semua ejen NCIG dari seluruh Malaysia, tetamu jemputan, selebriti dan rakan media.

 

Bagi yang ingin mendapatkan NCIG Blue Edition, anda boleh ke cawangan pertama NCIG yang terletak di Desa Sri Hartamas.
 

Selain itu, anda juga boleh membeli menerusi ejen atau kedai Vape selain boleh dibeli secara atas talian menerusi laman sesawang www.ncig.com.my/shop ataupun mengikuti di Instagram @ncigmy.

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.