999 STIK 'HONEY PEPPER RIBS' PERCUMA MENANTI PENGUNJUNG DI WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE

Kalau anda penggemar steak dan makanan ala barat dan yang penting tinggal di Johor Bahru, artikel ini khusus buat anda. Sekiranya anda terlepas membaca artikel ini, anda baru sahaja terlepas peluang untuk menikmati tawaran yang hanya datang 2 hari penting tahun ini!

SEBANYAK 999 stik bernilai hampir RM50,000 diberi percuma kepada pelanggan di Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) pada 5 dan 6 Julai 2019 di Damansara Aliff, Johor Bahru.

Tawaran istimewa ini bersempena kempen Giveaway Half Ribs yang terbuka kepada semua pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit dan hanya untuk makan di restoran sahaja.

Malah bagi mereka yang kali pertama mendaftar sebagai penggemar WISH, mereka akan diberi satu scoop aiskrim. Sangat berbaloi!

Pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib menjangkakan sambutan luar biasa terhadap kempen ini dan untuk memudahkan pelanggan, WISH mengalu-alukan tempahan awal dengan menghubungi nombor 013-7333280 atau mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut, boleh layari layari www.wadihanaislamicsteakhouse.com

“Ini sebahagian daripada kempen TERIMA KASIH kami kepada pelanggan yang setia menyokong kami sejak dibuka Februari lalu,” kata June.

Stik yang ditawarkan dalam kempen ini ialah Honey Pepper Ribs bernilai RM49.90 setiap hidangan.


TENTANG WADIHANA

Sebelum Wadihana Islamic Steakhouse mencapai kejayaan peniagaannya ini, banyak pahit maung yang dilalui.Jatuh bangun di dalam bisnes adalah lumrah dan bagi yang cekal serta percaya 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, semua itu harus dihadapi dengan redha.

Sama juga yang dilalui usahawan pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib yang sering memberi peluang kepada diri sendiri untuk bangkit membina kehidupan yang lebih baik. Menurut ibu kepada 4 anak ini, bukan sekali bisnesnya ranap tetapi itu bukanlah bermakna beliau harus angkat bendera putih.

“Saya dan suami hampir berputus asa sehinggalah kami ingin memberi peluang sekali lagi untuk membina bisnes baru di dalam dunia makanan (F&B) selepas beberapa kali gagal dalam bidang lain sebelum ini," kata June yang juga Pengarah Perniagaan Wadihana Steak House Sdn Bhd.

Bagaimanapun kata June, inspirasi utama Wadihana Islamic Steakhouse adalah anaknya yang berusia 13 tahun, seorang pelajar tahfiz di Johor. Anak ketiganya itu sangat berminat di dalam dunia kulinari, lalu bisnes ini dibina untuknya.

Lokasi Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff agak ‘terselindung’ daripada pengetahuan dan lokasi itu masih baru dalam kalangan penghuni kota Johor Bahru.Bagaimanapun menurut wanita cekal ini, kuasa pemasaran online telah berjaya menarik perhatian penduduk sekitar malah dari Singapura untuk merasa citarasa antarabangsa Wadihana.

RAHSIA KEENAKAN 'GRAVY' WADIHANA

Menceritakan keistimewaan hidangan Wadihana, June berkata, 'gravy' atau kuah stik dihasilkan dengan ramuan sendiri berbanding steak house lain yang menggunakan serbuk atau tepung dari Thailand.

Bukan hanya untuk memastikan kuah yang sedap, bagi June, beliau sangat mementingkan kesucian makanan tersebut dan halal.

“Kami merebus tulang lembu lebih 8 jam untuk mendapatkan jus bagi membuat kuahnya. Saya tidak menggunakan serbuk seperti yang diimport oleh restoran lain kerana khuatir dari segi kehalalannya".

“Alhamdulillah, maklum balas daripada pelanggan semakin memberangsangkan dengan jualan untuk bulan pertama kami sebanyak RM170,000 dan meningkat kepada RM240,000 pada bulan kedua,” katanya yang baru memulakan operasi pada Februari lalu.

June berkata, beliau memperuntukkan kira-kira RM1.5 juta untuk ubahsuai restoran, membeli peralatan dapur mengikut piawaian hotel 5 bintang yang sesuai dengan standard stik antarabangsa serta membina tempat membakar piza (firewood pizza).

Selain itu, Wadihana juga menyediakan ruang di tingkat atas bagi pelanggan yang ingin mengadakan majlis atau mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 120 kapasiti dalam satu-satu masa.

MAKLUMAT PERNIAGAAN: WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE –WISH 36-38 Jalan Aliff 3, Damansara Aliff 81200 Johor Bahru, JDT Tel: 07-2442422 FB: https://www.facebook.com/WISHDamansaraAliffJB/ IG: https://www.instagram.com/wadihana_islamic_steak_house/?hl=en

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.