POS MALAYSIA HANGATKAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-80 TAHUN MARVEL DENGAN SIRI SETEM EDISI TERHAD

July 3, 2019

 

  • Set setem edisi terhad akan tersedia untuk dijual bermula Rabu, 4 julai di 13 Pejabat Pos Besar seluruh negara atau melalui kedai dalam talian Pos Malaysia di www.eziemall.com 

 

 

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) hari ini melancarkan siri setem bertemakan Adiwira Marvel dengan kerjasama The Walt Disney Company Southeast Asia

 

Set setem edisi terhad Adiwira Marvel ini memberi penghormatan kepada buku-buku komik Marvel dan sambutan Ulang Tahun ke-80 Marvel yang berlangsung sepanjang tahun ini. Siri ini akan menampilkan adiwira Marvel kegemaran ramai seperti Captain America, Iron Man, Thor, Hulk, Spider-Man, Doctor Strange, Black Widow, dan Black Panther

 

Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Schrene Goh berkata koleksi setem ”Marvel 80 Years” ini merupakan antara keluaran setem yang wajib dimiliki terutamanya bagi peminat Marvel kerana ia didatangkan dalam reka bentuk yang berkonsepkan buku komik yang unik dan menarik. 

 

“Koleksi setem ini sememangnya merupakan barangan bernilai edisi terhad kerana ia memperlihatkan elemen buku-buku komik dan dunia Marvel yang berusia 80 tahun, selain memanfaatkan siri filem blokbuster yang menceritakan pancaroba yang dihadapi wira-wira ini. Kita membesar dengan pengembaraan wira-wira ini dan mengenali watak-watak dan persona mereka. Oleh itu, kami sangat gembira untuk meraikan elemen-elemen tersebut menerusi siri setem terhad ini, diperingati dalam kerangka setem," katanya kepada media selepas majlis pelancaran di sini hari ini.

 

"Adalah menjadi harapan kami bahawa pengenalan setem seperti ini akan menarik golongan muda untuk mengumpul setem dan membcri nafas baharu kepada hobi mengumpul setem pada zaman moden ini," katanya lagi. 

 

Tidak seperti penerbitan setem khas, setem koleksi Setem Ku ini hanya boleh didapatkan dalam set folder secara lengkap. Ia tidak akan dijual secara berasingan. Siri setem edisi terhad dan eksklusif ini boleh didapatkan mulai esok, 4 Julai 2019 secara pra-pembelian di semua 13 Pejabat Pos Besar di seluruh negara atau melalui kedai dalam talian Pos Malaysia di www.eziemall.com

 

Set folder Adiwira Marvel ini terdiri daripada dua (2) Iembaran setem bertebuk, satu (1) setem tanpa tebukan, dua (2) keping sampul cenderamata, dua (2) keping poskad dan sekeping folder. Harga set folder lengkap bernilai RM120 setiap satu (1)

 

Bagi peminat setem, Pos Malaysia menggalakkan orang ramai untuk mendaftar sebagai ahli Akaun Deposit Pesanan Berdaftar (SODA) bagi memastikan mereka tidak terlepas daripada siri setem yang akan datang. Dengan SODA, peminat setem dapat menikmati proses yang mudah dalam mendapatkan keluaran setem terkini serta menikmati manfaat eksklusif yang ditawarkan kepada ahli SODA sahaja. 

 

Mereka yang berminat untuk rnenjadi sebahagian daripada komuniti ini boleh mendaftar di mana-mana pejabat pos di seluruh negara atau secara dalam talian di 
www.posonline.com.my

 

Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai setem dan produk filateli lain, Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia boleh dihubungi melalui telefon di 03-2267 2267 ext. 2000 atau e-mel di alamat filateli@pos.com.my.

Mengenai Pos Malaysia Berhad

Pos Malaysia Berhad adalah pembekal perkhidmatan logistik dan komunikasi yang terulung di Malaysia, dengan rangkaian luas yang merangkumi lebih 1,000 saluran di seluruh negara termasuk Cawangan Pos Malaysia, Pos Mini, P0524 (Terminal Layan Diri), hab e-Dagang, Pos Laju EziBox, Pos Laju Prepaid Dropbox, kiosk Pos Laju, Pos-On-Wheels (Pos Bergerak), Pos Laju EziDrive-Thru serta wakil pos dan wakil setem, menjadikannya salah satu daripada rangkaian yang terluas di Malaysia. 

 

Pos Malaysia telah berkembang maju dan kini mengorak langkah daripada sekadar penyedia perkhidmatan pos sehingga menjadi penyedia komunikasi, perkhidmatan kewangan dan penyelesaian rantaian bekalan yang dinamik.


Melangkah ke hadapan, Pos Malaysia akan meneruskan usaha untuk membangun dan memperbaharui kemampuannya bagi mengekalkan serta meningkatkan daya saing dan juga meneruskan kemampuannya untuk menghubungkan rakyat Malaysia ke serata dunia. 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Pos Malaysia, sila hubungi Khidmat Pelanggan di PosLine di 1-300-300-300 atau e-mel kepada care@pos.com.my. Anda juga boleh melawat laman web kami di www.pos.com.my

 

Mengenai Setem Ku

Setem Ku dikeluarkan oleh Pos Malaysia Berhad bagi memenuhi keperluan pelanggan yang mahu menampilkan imej mereka semasa satu (1) masa khas atau majlis di setem. Imej-imej ini bersama-sama dengan setem asas akan membentuk setem pos yang sah. Pelanggan boleh menempah bagi setiap reka bentuk dengan pesanan minimum adalah satu (1) helaian sahaja. 

 

SetemKu Individu juga boleh didapati di Galeri Setem (Ibu Pejabat), di lebih daripada 25 Cawangan Pos terpilih seluruh negara dan di gerai promosi kami / jerayawara di seluruh negara. Pembelian atas talian boleh didapati melalui www.posonline.com.my

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.