WOODPECKERS GROUP SANTUNI ANAK-ANAK YATIM MELALUI KEMPEN 'SECAWAN KASIH, SEDEKAH BUDI'

July 3, 2019

 

Sejumlah kanak-kanak dari 12 rumah anak yatim di Lembah Klang, Ipoh dan Alor Setar telah dipilih untuk menikmati keenakan yogurt sejuk beku llaollao. Menerusi kempen Secawan Kasih, Sedekah Budi yang berlangsung pada bulan Ramadan lalu, para pelanggan yang juga merupakan penggemar yogurt sejuk beku IlaoIlao, telah menyumbang satu cawan kecil llaollao kepada golongan anak-anak yatim pada harga minima RM3.50 berbanding dengan harga pasaran untuk cawan kecil iaitu RM11.85.


Tan Kai Young, Ketua Pegawai Eksekutif Woodpeckers Group Sdn Bhd, berkata kejayaan inisiatif ini adalah hasil dari sokongan padu peminat-peminat llaollao, yang dengan murah hati telah menyumbang hampir 1,000 cawan yogurt sejuk beku sepanjang tempoh kempen dari April 26 hingga Jun 3.


“Sasaran awal kami adalah untuk menghidangkan llaollao kepada tiga rumah anak-anak yatim. Tetapi sokongan yang diterima begitu menggalakkan dan kita telah dapat sumbangan yang cukup untuk melawat 12 rumah anak-anak yatim.


“Terima kasih, Malaysia! Melihat senyuman riang di muka anak-anak kecil ini, saya tahu mereka amat menghargai sumbangan anda,” kata Tan.
 

 

Sepanjang kempen 'Secawan Kasih, Sedekah Budi' berlansung, para peminat llaollao telah menyumbangkan sebanyak 978 cawan, dan Tan telah menambah 222 cawan lagi, menjadikah jumlah yang dikumpul 1,200 cawan.


“Ini adalah inisiatif CSR pertama kami pada skala besar sejak kami mula beroperasi di Malaysia pada akhir 2015, dan kami teruja dengan sokongan yang diterima. Ini menunjukan rakyat-rakyat Malaysia adalah pemurah dan amat mulia sekali. Dengan galakan ini, kami tentunya akan melancarkan banyak lagi program CSR,” kata Tan.


Pada 19 Jun 2019 yang lalu, kakitangan llaollao telah melakukan lawatan pertama mereka bersempena  dengan kempen ini ke Rumah Perlindungan Al Nasuha di Batu Caves. Mereka mendirikan kaunter mudah alih llaollao,sebelum menjamu anak -anak yatim tersebut dengan keenakan yogurt sejuk beku yang berasal dari Sepanyol. Yogurt sejuk beku memang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa, kerana penuh dengan khasiat seperti probiotic dan kalsium tetapi rendah kalori.

 

Selanjutnya kakitangan llaollao turut telah mengadakan lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary, Kuala Lumpur, pada 6 Julai 2019, dan Rumah Amal Al Firdaus, Shah Alam, pada 7 Julai 2019.

 

Untuk perkembangan terkini kempen “Secawan Kasih, Sedekah Budi”, sila lawati Facebook llaollao Malaysia di https://www.facebook.com/llaollaoMalaysia/

 

Mengenai llaollao
llaollao adalah jenama nombor satu yogurt sejuk beku di Eropah dan Asia. Sejak pembukaan kedai pertamanya di Sepanyol pada 2009, llaollao telah berkembang luas sehingga memiliki beratus-ratus cawangan di empat benua - Eropah, Asia, Amerika Selatan dan Afrika.

 

Menerusi budaya yogurt global yang dicetuskannya, llaollao berharap dapat menggalakkan para pelanggan ke arah cara hidup sihat dengan menikmati pilihan makanan berkhasiat yang memenuhi kesibukan hidup masa kini.Dipadankan dengan pelbagai variasi topping, setiap hidangan llaollao akan merangsang selera anda.


Mengenai Woodpeckers Group
Woodpeckers Group mempunyai matlamat untuk memperkenalkan kepelbagaian budaya di seluruh dunia melalui industri makanan dan minuman (F&B).

 

Jenama-jenama di bawah Woodpeckers Group adalah llaollao, rangkaian kedai yogurt sejuk beku Sepanyol; Tapas Club, sebuah restoran kasual yang berbangga meghidangkan resipi asli Sepanyol; dan Pebble, sebuah restoran burger dengan pelbagai gabungan rasa yang enak.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.