KONSERT HORA HOREY LIVE! DIDI & FRIENDS’ BAKAL GEGAR CUTI SEKOLAH AKAN DATANG

July 4, 2019

 

 

  • 9 keluarga pemenang bertuah berpeluang memenangi kemunculan maskot Didi & Friends sebagai kejutan di sambutan hari kelahiran!

 

Siri animasi kanak-kanak popular, ‘Didi & Friends’ bakal mengadakan ‘Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends’, yang akan dibawakan secara eksklusif dan interaktif di Quill Convention Center, Kuala Lumpur. Konsert berdurasi 65 minit itu akan berlangsung selama empat hari berturut-turut bermula dari 15 sehingga 18 Ogos 2019, bersempena dengan cuti persekolahan yang akan bermula pada 10 Ogos ini. 

 

Diangkat sebagai sebuah fenomena hebat di kalangan kanak-kanak, ibu bapa dan guru, 'Didi & Friends' adalah produksi bersama Digital Durian dan Astro, dengan lebih daripada 2 juta pengikut dan 1.5 bilion tontonan di YouTube. ‘Didi & Friends’ berjaya memenangi hati peminat menerusi lagu-lagu menarik dan watak-watak comel yang begitu disayangi ramai seperti, ‘Didi’, ‘Nana’, ‘Jojo, ‘Pak Atan’, ‘Bingo’ dan banyak lagi.

 

Sinan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Durian berkata, “Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends adalah mimpi yang menjadi kenyataan bagi saya. Misi kami adalah untuk mencipta momen keluarga yang penuh kasih sayang dan bahagia untuk ibu bapa, terutama sekali untuk anak-anak. Ini adalah langkah terbaik untuk membuat ibu bapa dan anak-anak gembira, iaitu dengan membawa para peminat Didi & Friends merasai sendiri pengalaman konsert muzikal interaktif yang cukup hebat! " 

 

"Konsert muzikal interaktif untuk kanak-kanak secara besar-besaran seperti Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends ini adalah yang pertama dari kami, dan tidak pernah dianjurkan oleh mana-mana penggiat karakter kartun tempatan yang lain. Usaha dan penyelidikan yang kami lakukan - pengalaman yang ingin kami sampaikan - adalah pengalaman seumur hidup. Tarikan maskot baharu, persembahan, gimik dan pelbagai momen interaktif sudah pasti akan membuatkan anak-anak dan ibu bapa berasa teruja di sepanjang berlangsungnya persembahan. "

 

"Menariknya lagi, bersempena dengan penganjuran Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends ini, kami berbesar hati mengumumkan di sini bahawa kami akan meraikan 9 keluarga pemenang bertuah dengan membawakan kemunculan maskot ‘Didi & Friends’ sebagai kejutan di sambutan hari kelahiran mereka. Bayangkan kehadiran Didi, Nana, Pak Atan, Jojo atau Bingo di majlis anda dan menyambut hari istimewa anda bersama rakan dan keluarga tersayang? Setiap pemenang akan dipilih menerusi proses cabutan bertuah yang akan diadakan di setiap persembahan; 9 persembahan secara keseluruhannya. Semua yang hadir berpeluang untuk memenangi hadiah hebat ini.”

 

Mengulas lebih lanjut tentang harapannya bagi konsert ini, Sinan berkata, “Harapan besar kami adalah untuk mencipta momen yang akan diingati oleh semua peminat cilik kami dan juga dapat menguatkan ikatan kasih dan sayang antara ibu bapa dan anak, seterusnya menjadikan pengalaman ini tidak dapat dilupakan. Kami berjanji untuk memberikan yang terbaik, kerana kami mempunyai peminat yang terbaik. Ini mungkin konsert pertama kami - tetapi kami percaya ia akan menjadi satu sejarah buat kami dan para peminat! Teruskan menyokong Didi & Friends supaya kami dapat terus menzahirkan lebih banyak lagu, animasi dan pengalaman berharga untuk orang yang tersayang.”

 

Berbeza dari konsert mini dan karnival yang dianjurkan oleh ‘Digital Durian’ sebelum ini, ‘Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends’ ini merupakan konsert secara langsung pertama ‘Didi & Friends’ yang mempersembahkan lagu-lagu hit seperti ‘Semut Berkawad’, ‘BINGO’ dan lain-lain yang telah menerima jutaan tontonan melalui saluran YouTube ‘Didi & Friends’, serta lagu-lagu yang telah diberi nafas baharu.

 

Istimewanya lagi di ‘Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends’ ini kelak, ‘Didi & Friends’ akan mempersembahkan ‘Lagu Mandi’ (yang telah mendapat hampir 6 juta tontonan di saluran YouTube Didi & Friends) dalam versi tarian yang dipanggil ‘Lagu Mandi Remix’, serta mencabar orang ramai untuk membuat tarian ‘The Lala Dance’ dan memuat naik video tarian masing-masing di laman sosial media dengan tanda pagar (‘hashtag’) #LaguMandiChallenge dan #TheLalaDance. Rakaman muzik video Lagu Mandi Remix telah melibatkan barisan personaliti popular seperti Izzue Islam, Syatilla Melvin, Aqil Nahar dan Ara Aziz dan ia boleh ditonton di YouTube Didi & Friends.

 

Izzue Islam telah dipilih sebagai selebriti jemputan utama untuk konsert ini dan beliau akan turut membuat persembahan semasa konsert, dan menari ‘The Lala Dance’ bersama peminat yang hadir. Antara personaliti popular lain yang akan turut serta membuat persembahan bersama Didi & Friends ialah kumpulan ‘b-boy’ terkenal tanah air, iaitu Wakaka Crew yang diterajui oleh Alam. Animasi kartun Islamik, ‘Omar & Hana’ akan turut membuat penampilan istimewa di konsert ini kelak.

 

Dalam pada itu, buat julung kalinya juga, ‘Didi & Friends’ bakal bekerjasama dengan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) untuk menampilkan penari-penari yang berpengalaman dan persembahan yang berkualiti tinggi (dari barisan pemain dram ASWARA dan Kumpulan Dikir Barat ASWARA). Untuk memastikan konsert yang dipersembahkan menepati kehendak dan memenuhi jangkaan peminat, Digital Durian akan menitikberatkan persiapan dari setiap penjuru termasuklah dari segi kostum, peragaan pentas, visualisasi dan prop. 

 

Konsert ini merupakan konsert mesra keluarga yang sarat dengan elemen persembahan, lakonan dan tarian di atas pentas, di mana seluruh isi keluarga tanpa had umur akan dapat menikmati semua pengisian dan kandungan persembahan di dalam konsert ini. Groundzero, sebuah organisasi yang bukan berasaskan keuntungan (“non-profit”), yang sudah 9 tahun bertapak di dalam industri kreatif, telah dilantik sebagai sebahagian daripada rakan kerjasama bagi ‘Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends’ untuk memberi servis perundingan, teknikal dan tajaan prop.

 

Konsert ini pasti akan menjanjikan suatu pengalaman yang penuh kelainan berbanding apa yang disiarkan di kaca televisyen dan YouTube kerana anak-anak akan dapat berinteraksi secara langsung dengan karakter, menyanyi dan menari bersama dalam satu suasana yang cukup meriah dan nyata seperti di alam animasi Didi & Friends. Antara gimik persembahan yang dijadualkan berlangsung termasuklah bermain ‘giant balls’, ‘water-gun’, ‘glow-in-the-dark’ dan banyak lagi! 

 

Jom Nyanyi Sama-Sama!
#DidiLive2019

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.