STOR POP-UP EKSKLUSIF ED SHEERAN X KUALA LUMPUR BAKAL DIBUKA DI PARADIGM MALL

July 4, 2019

 

Penyanyi yang juga 'Superstar' global. Ed Sheeran baru-baru ini telah mengumumkan stor pop-up (Pop-Up Store) eksklusif 'No.6 Collaborations Project' di seluruh dunia bersempena dengan pelancaran albumnya terbaharunya pada 12 Julai 2019 ini. Idea mewujudkan Stor Pop-Up ini merupakan sebahagian daripada kempen global yang berjalan di semua bandar utama di seluruh dunia bagi meraikan pelancaran album tersebut, dan Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi untuk menjayakan projek ini!


Untuk tempoh satu hujung minggu sahaja (Sabtu & Ahad), peminat Ed Sheeran boleh berkunjung ke 'Concourse Square' di Paradigm Mall, Petaling Jaya bermula pada 13 dan 14 Julai dari jam 10 pagi hingga 10 malam untuk peluang mendapatkan koleksi cenderamata,  ‘No.6 Collaborations Project’  dan 'Ed Sheeran x Kuala Lumpur' seperti  kemeja, hoodies, beg tote, topi dan banyak lagi. Pungunjung juga boleh mendapatkan kemeja-t edisi terhad di stor Pop-Up ini yang menampilkan artis-artis  yang turut tampil bersama di dalam album tersebut, seperti Justin Bieber, Camila Cabello, Bruno Mars, dan Chance the Rapper. Stok untuk semua barangan tersebut adalah sangat terhad.

 

Selain itu, peminat juga  boleh turut menyemak barangan yang ditandatangani oleh Ed Sheeran sendiri, membaca kisah perjalanannya di Malaysia, serta menyanyi bersama lagu dari album terbarunya di 'Listening Wall', dan mengambil peluang untuk mengambil gambar bersama Ed Sheeran!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.