CERIA MEGASTAR MINISTAR IMBAU NOSTALGIA DENGAN TEMA 'PLAYLIST MAMA PAPA'

July 8, 2019

 

Program realiti kanak-kanak yang berkonsepkan pertandingan nyanyian anjuran Astro Ceria, ‘Ceria Megastar Ministar’, ternyata membawa audiens kembali ke dunia nostalgia dengan persembahan penuh bertenaga dari bintang-bintang kecil dengan tema minggu keempatnya, ‘Playlist Mama Papa’ pada minggu lalu, Jumaat, 5 Julai, 9.00 malam di Astro Ceria (saluran 611). 


Barisan peserta cilik yang lebih dikenali dengan nama ‘Ministar’ itu ditugaskan untuk menyanyikan lagu-lagu dari era ibu bapa mereka oleh pihak juri. Menarik lagi, ibu bapa mereka sendiri yang memilih lagu untuk dipersembahkan pada minggu tersebut. Program realiti berbentuk nyanyian ini dihoskan oleh pengacara popular, Nabil Ahmad. 


Dengan sokongan dari Mentor mereka, iaitu bekas peserta program ‘Ceria Megastar’ – Wafiy Aan, Vanessa Reynauld, dan Chubb-E, serta di bawah bimbingan Guru Vokal, penyanyi Mark Adam dan Guru Persembahan, Alam Wakaka, para peserta semestinya bersemangat untuk merebut takhta ‘Mikrofon Wow!’ yang diberikan kepada peserta dengan markah tertinggi pada minggu itu. 


‘Mikrofon Wow!’ yang sebelum ini dimenangi Ministar Aliff dengan dendangan ‘Sandiwara’ (nyanyian Xpose Band) di Minggu Ketiga kali ini bertukar pemilik kepada Ministar Eiffel yang telah berjaya mencuri hati juri tetap, Pak Nil dan Zizan Razak, serta juri jemputan Amy Mastura, dengan lagu ‘Belaian Jiwa’ oleh Carefree di Minggu Keempat ini. 


PESERTA DAN LAGU NYANYIAN MINGGU KE-4

PESERTA DENGAN MARKAH TERTINGGI & PESERTA DENGAN MARKAH TERENDAH (MINGGU KE-4)

Mampukah barisan ‘Ministar’ memenangi hati Juri Jemputan minggu ini, Ernie Zakri? Lebih-lebih lagi apabila tema pada minggu ini adalah #SAYACUBA, di mana setiap Ministar akan ‘mencuba’ membawa kelainan dengan menyanyikan lagu yang luar dari genre kebiasaan mereka. 

 

Saksikan gelagat kanak-kanak yang berbakat serba-boleh ini hanya di saluran Astro Ceria (CH 611), Astro Prima (CH 105) dan Astro Prima HD (121) pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam! Ceria Megastar Ministar juga boleh diakses melalui aplikasi Astro GO yang mempunyai versi ‘extended cut’ serta di platform digital On Demand.

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.