AFGAN BAWA SHEILA MAJID BERAKSI DI KONSERT INSPIRASI - AFGAN LIVE IN KL 2019

July 12, 2019

 

Selepas DEKADE, penyanyi dan penulis lagu terkemuka Indonesia, Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afgan bakal kembali ke Kuala Lumpur untuk tahun ketiga berturut-turut menerusi sebuah Konsert INSPIRASI - Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 pada 5 Oktober 2019 (Sabtu), 8.30 malam bertempat di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur.

 

Bertemakan ‘Inspirasi’, konsert ini bertujuan untuk menyuntik semangat, memberi ilham dan berkongsi sumber inspirasi pelantun lagu ‘Jodoh Pasti Bertemu’ dalam mengharungi cabaran sepanjang hidup dan pembabitan beliau dalam industri. Konsert ini juga bertambah istimewa kerana bakal menampilkan buat julung kalinya artis jemputan yang merupakan idola Afgan sendiri, Dato’ Sheila Majid.

 

Dianjurkan oleh Popcorn Studio Sdn Bhd, konsert ini pastinya amat diimpikan peminat Afgan khususnya untuk melihat kolaborasi unggul di antara dua penyanyi tersohor Malaysia dan Indonesia ini. Ketua Pegawai Eksekutif Popcorn Studio, Erik Ong berkata “Pengaruh muzik Afgan dan kekuatan populariti serta permintaan tinggi dari peminat muzik tanahair antara sebab utama Popcorn Studio memilih untuk menganjurkan konsert ini. Belum pernah ada mana-mana penyanyi lelaki khususnya artis bukan tempatan yang setiap tahun mengadakan konsert berskala besar kecuali Afgan.” Ini sekaligus membuktikan Afgan berada di dalam kelasnya yang tersendiri.

 

HGH Convention Centre Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi rasmi konsert dan peralatan serta teknologi terkini di sana pasti dapat memberi impak dan pengalaman berbeza buat penonton. “Kita menjangkakan sebuah konsert yang sold-out kerana pastinya tiada siapa mahu ketinggalan untuk menyaksikan sebuah magis duet di antara Afgan dan idola beliau” kata Erik.

 

Tiket konsert telah dijual bermula 25 Jun 2019 (Selasa) dan boleh didapati pada harga RM299 (Silver), RM399 (Gold), RM599 (VIP) dan RM1200 (Royal Box). Berita baik buat peminat Afgan, pembeli terawal berpeluang menikmati diskaun sebanyak 15% untuk pembelian tiket kategori VIP, Gold dan Silver dan tawaran ini adalah terhad. Manakala pembeli tiket Royal Box bakal menerima pas Meet and Greet dan minuman ringan sebelum konsert. Sebarang maklumat lanjut, sila layari https://proticket.com.my/inspirasi2019-afganliveinkualalumpur/. MYBUZZ!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.