MANHAJJ BROTHERS BAKAL ANJUR PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH

July 15, 2019

 

Kira-kira 150,000 pengunjung dijangka hadir menyaksikan Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Sahabat RA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang akan bermula 22 Julai ini hingga 4 Ogos depan.

 

Pameran yang telah masuk edisi ke-10 ini adalah anjuran sepenuhnya Manhajj Brothers Sdn. Bhd. (Manhajj Brothers) ini akan menampilkan lebih 40 artifak Rasululllah SAW, artifak Sahabat RA serta artifak kerajaan Uthmaniah.

 

Pengarah Urusan Manhajj Brothers, Datuk Anuar Hassan berkata, pameran ini akan memberI peluang kepada masyarakat untuk melihat sendiri artifak yang turut menjadi rakaman sejarah kehidupan dan perjuangan Baginda. Menurut beliau lagi, pameran ini juga bermatlamat untuk memberi pendidikan, sumber inspirasi dan pengetahuan kepada pengunjung mengenaià kegemilangan tamadun Islam.

 

"Antara artifak yang boleh dilihat ialah rambut, janggut, darah bekam, serban, tongkat, bekas air zamzam, pasir makam Rasulullah dan kunci makam tersebut.

 

"Artifak lain adalah pedang Muaz bin Jabal, pedang Sultan Al-Fatih, Kiswah Kaabah Merah, Kiswah Kaabah Hijau dan kunci Makam Saiditina Fatimah.

 

"Turut dipamerkan artifak peninggalan Kerajaan Uthmaniah seperti kunci, baju perang, tandu, Al-Quran Emas, Kiswah Kaabah, Kiswah Pintu Taubat di mana semua artifak ini merupakan koleksi dari Tanah Arabah seperti Mekah dan Madinah serta negara Yemen dan Turki," katanya dalam sidang media sempena pameran itu di Hotel Grand Dorsett Subang di hari ini. Turut hadir pada sidang media tersebut ialah pelakon Dato' Adi Putra serta penyanyi Adeep Nahar.

 

Anuar berkata, pameran tersebut mendapat sokongan penuh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

 

Sementara itu, Anuar berkata, Kuala Lumpur menjadi destinasi pilihan selepas beberapa negeri sebelum ini seperti di Johor dan Melaka.

 

"Tiket masuk hanya berharga RM20 dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Sementara itu caj  RM10 dikenakan untuk mahasiswa. Pameran akan bermula pada setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam.

 

"Sebagai daya tarikan untuk ke pameran tahun ini, kita turut menyediakan cabutan bertuah berupa sebuah motorsikal Yamaha Y15 untuk seorang pengunjung bertuah.

 

"Cabutan tersebut akan diadakan menerusi  peraduan 'Ride To Y-Suku' dimana pengunjung hanya perlu mengambil gambar di Manhajj Photobooth Rasmi dan hanya dikenakan RM15 untuk melayakkan mereka menerima satu (1) nombor bertuah," tambahnya lagi.

 

Pameran ini merupakan satu usaha yang baik dalam menarik  minat pengunjung untuk lebih mengenali sejarah Rasulullah dan dalam masa yang sama akan dapat menambah rasa kecintaan terhadap Islam.

 

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.manhajj.com atau di platform media sosial Facebook Page dan Instagram Manhajj Mutawwif. Selain itu, orang ramai boelh mengajukan sebarang pertanyaan melalui Whatsapp di 019-7078992

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.