MELANGKAUI SEMPADAN TEMA ABPBH 32, UNDIAN BERMULA HARI INI!



Meneruskan rekod cemerlang sebagai acara anugerah hiburan pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) kembali dengan edisi ke-32 bertemakan ‘Melangkaui Sempadan’.


Tema baharu ini dipilih bagi mengiktiraf kejayaan artis tempatan mengangkat bakat dan kebolehan mereka bukan sahaja di Malaysia, malah merentasi benua.


Kali ini, ABPBH 32 bakal menyaksikan kepelbagaian dalam pengisiannya menerusi semua platform. Ia merangkumi kandungan digital dan bercetak, media sosial, siri jelajah, aktiviti santai bersama kelab peminat #FANtastik serta showcase istimewa yang dirancang sepanjang Julai, Ogos dan September depan.


Semua acara ini berteraskan falsafah ABPBH yang selama ini bertitik tolak kepada keupayaan individu baik artis mahu pun peminat, meningkatkan keupayaan diri, mencabar kreativiti dan memburu impian menjadi yang terbaik dalam setiap lapangan.


Tema ‘Melangkaui Sempadan’ ini juga sejajar dengan kematangan akhbar BH yang kini berpegang kepada slogan ‘Wadah Pembaharuan’ dalam menjadi sumber informasi dan rujukan rakyat Malaysia melalui kandungan mantap dan menarik.


Pengarang Kumpulan BH merangkap Penaung ABPBH 32, Khaidir A. Majid berkata, BH sentiasa komited dalam menambah baik pengisian ABPBH dan memastikan acara anugerah ini relevan dalam mengukur populariti penggiat seni.


“Bersesuaian dengan tema seni sejagat, ABPBH buat kali pertama memasukkan kategori artis antarabangsa iaitu Artis K-pop Popular dan Artis Indonesia Popular dalam senarai kategori utama.


“Langkah ini diambil bagi memantapkan kandungan ABPBH yang bukan sahaja menjadi acara anugerah hiburan yang ditonton peminat tempatan, malah disaksikan penduduk dunia melalui penstriman, sejak beberapa tahun lalu,” katanya pada majlis prapelancaran ABPBH 32 di Tamu Hotel & Suites baru-baru ini.


Foto Barisan Selebriti, Datuk Ahmad Zaini ( Barisan Belakang 4 dari kiri) dan barisan Penaja Utama/Bersama ABPBH32



Turut hadir Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, Pengarang Eksekutif, Komersial dan Ehwal Semasa BH merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32; Shamshul Azree Samshir, Pengarang Hiburan BH merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32.


Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengasas Alha Alfa Cosmetics, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Datuk Alha. Alha Alfa menjadi Penaja Utama bagi ABPBH untuk dua tahun berturut-turut sejak 2018.


Manakala Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), Peter Schiesser, turut hadir bagi mewakili DuitNow yang menjadi Penaja Bersama ABPBH 32.


PayNet adalah pengendali DuitNow, perkhidmatan yang membolehkan pelanggan bank memind