AURA WHITE LANCAR 2 PRODUK PENJAGAAN KULIT TERBARU, LANTIK FASHA SANDHA SEBAGAI DUTA BARU

July 17, 2019

 

 

Aura White Global Sdn Bhd merupakan syarikat bumiputera yang mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan untuk semua peringkat umur. Syarikat ini diuruskan oleh Datin Furyna Azmeer dan Datuk Saiful Safwan sejak tahun 2012. 

 

Aura White terkenal dengan lebih 60 jenis rangkaian produk kesihatan & kecantikan lelaki dan wanita dipasaran seperti Aurawhite Sparkle Diamond Collagen, Aurawhite Skinspa, Auramen Turbo Collagen, Auramen Skincare dan banyak lagi. 

 

Sebelum ini, Aurawhite juga pernah melancarkan produk ubat gigi Aura White yang khas untuk merawat gigi secara mendalam dan sesuai untuk kanak-kanak sehingga dewasa. Ubat Gigi Aurawhite mempunyai tiga variasi iaitu Aura White HD Bright, Aura White Coconut Charcoal dan Aura White Kayu Sugi Premium yang di pasarkan difarmasi dan pasaraya seluruh Malaysia.

 

Justeru itu, pada tahun ini Aura White Global Sdn Bhd, ingin melancarkan dua produk terbaharu iaitu Sparkle Diamond Skincare dan juga Aurawhite Sparkle Diamond Collagen Travel Pack di mana kedua-dua produk ini dihasilkan dari bahan yang diiktiraf Halal oleh Jakim serta diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk kali ini, Aura white berbesar hati menampil duta baharu bagi produk Aurawhite Sparkle Diamond Skincare iaitu Fasha Sandha dan Ayda Jebat selaku  duta bagi Aurawhite Sparkle Diamond Collagen Travel pack yang telah bersama dengan Aurawhite selama 4 tahun berturut-turut. 

 

Aura White menghasilkan produk penjagaan wajah eksklusif iaitu Aurawhite Sparkle Diamond skincare (Set Esklusif 4 dalam 1) yang diiktiraf halal dan sangat menitik beratkan bahan-bahan semulajadi serta berkualiti tinggi yang diperkaya dengan Vitamin C, E, Whitenol, Niacinamide dan partikel berlian yang diuji secara klinikal membantu untuk 10x kali ganda pencerahan, sesuai untuk semua masalah jenis kulit dan dalam masa yang sama membantu mencerah dan melembabkan kulit, mengatasi masalah penuaan, mengecilkan liang pori-pori, mengurangkan masalah kulit berminyak, mengecutkan jerawat dan memudarkan jeragat. 

 

Seperti yang sedia maklum, sebelum ini Aura White juga telah mengeluarkan Sparkle Diamond Kolagen versi botol seperti produk yang lain, tapi kali ini Aura White menampilkan kelainan dengan melancarkan Aurawhite Sparkle Diamond Kolagen Travel Pack dengan bungkusannya juga serba ringkas dan mudah untuk dibawa kemana saja. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian produk Aura White, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi Aura White di www.aurawhite2u.com, atau di platform media sosial Facebook dan Instagram Aura White di @aurawhiteofficial atau menghubungi talian +60142399995 atau 03-901111114.

GALERI | MAJLIS PELANCARAN PRODUK  DAN PERLANTIKAN FASHA SANDHA                      SEBAGAI DUTA TERBAHARU AURA WHITE

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.