GANDINGAN TOKO KILAT & NOH SALLEH BERAKSI DI PENTAS KONSERT PEMACU API TOUR 2019

July 17, 2019

TOKO KILAT muncul dengan PEMACU API TOUR 2019 yang dipersembahkan oleh DISQOVR. Kumpulan yang sudah berdiri selama dua tahun tersebut disokong oleh The Gasket Alley selaku penganjur untuk ‘turun padang’ bersama-sama merapati para peminat industri muzik seni tanah air dalam satu rangka jelajah.

 

 

 

Bukan hanya TOKO KILAT namun kumpulan yang dianggotai oleh 5 orang pemuda ini juga akan disertai oleh pemuzik dan vokalis terkenal Malaysia, Noh Salleh di tiga buah negeri. Bermula 17 Ogos 2019, TOKO KILAT dan Noh Salleh akan bertemu peminat mereka di Pulau Pinang.

 

Ini diikuti dengan Johor Bahru pada 24 Ogos 2019 dan tempat akhir merupakan The Gasket Alley yang terletak di Petaling Jaya pada 14 September 2019. Menurut Edwin selaku vokalis TOKO KILAT, setelah dua tahun muncul dengan album studio dan melakukan persembahan mahu pun gig, mereka kini tampil dengan album perdana yang memperkenalkan single RATU MALAM bersama muzik video.

 

Album ini di-adun (mastered) di Abbey Road, UK dan Sterling Sound, Amerika Syarikat. “Kini kami dalam misi dan visi untuk muncul dengan ‘most anticipated album tour of the year’ yang diberi judul Pemacu Api Tour 2019 buat para peminat yang sudah lama menantikan album penuh dari TOKO KILAT,” ujar Edwin mewakili kumpulannya.

 

Menurut Edwin lagi, TOKO KILAT merupakan gabungan para pemuzik dari pelbagai kumpulan. Dedikasi setiap para personel yang membuatkan mereka muncul kembali, malah lebih bersemangat! Ini merupakan kedatangan kali kedua buat mereka! NOH SALLEH yang turut serta dalam siri jelajah ini akan tampil dalam sesi akustik yang digarap khas bagi persembahannya di dalam siri jelajah PEMACU API TOUR 2019 dan beliau turut akan mempromosikan hits terbarunya DEBU BERCAHAYA.

 

Rilisan KASET pertama TOKO KILAT mendapat respons hebat dengan habis terjual- SOLD OUT!, dan ini menambahkan keyakinan mereka untuk mengeluarkan lebih lagi produk fizikal dan memperingatinya bersama peminat dalam siri jelajah ini nanti.

 

“Setiap persembahan akan menyajikan sistem bunyi dan pencahayaan yang spektakular untuk para peminat sama-sama merasai pengalaman TOKO KILAT menyiapkan album sulung kami,” ujar Irfan.

 

 

TOKO KILAT yang dibarisi oleh Edwin Raj (vokal), Irfan Iskandar atau dikenali sebagai Cipan (drum) Mohamed Redzuan atau Wan (bass), Noor Azhari atau Toya (gitar) dan Syaiful Taufek atau Paul (keyboard) menjanjikan persembahan yang akan meninggalkan momen tersendiri buat para peminat mereka.

 

 Kumpulan Toko Kilat ini bertemu dengan para media di sidang akhbar yang diadakan baru-baru ini di The Gasket Alley, Petaling Jaya.

 

Untuk segala infomasi dan perkembangan terkini, para peminat boleh melayari laman web (www.tokokilatband.com) atau media sosial mereka di Instagram (@tokokilatband) atau Facebook (www.facebook.com/tokokilatband/).

 

Lagu-lagu TOKO KILAT boleh didapati di SPOTIFY, Apple Music, JOOX, KKBOX dan Deezer. PEMACU API TOUR 2019 turut ditaja oleh FRED PERRY, WARDROBE dan MONSTER ENERGY.

INFOMASI PEMACU API TOUR 2019

 

Tarikh dan lokasi :

17 Ogos 2019 - Loft 29 @ George Town, Pulau Pinang

24 Ogos 2019 - Sunway Iskandar @ Nusajaya, Johor Bahru

14 September 2019 - The Gasket Alley @ Kuala Lumpur

 

Masa :

6.00pm – 11.55pm

 

Harga tiket :

Early Bird @ RM30 [Tiket masuk + Keychain + Sticker Pack + Poster]

Pre-Sale @ RM40 [Tiket masuk + Keychain + Sticker Pack + Poster]

At Door @ RM50 [Tiket masuk]

 

Dapatkan tiket Pemacu Api Tour 2019 hanya di www.tokokilatband.com . MYBUZZ!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.