BUGABOO LANCAR BUGABOO ANT, PENEMAN TERBAIK PERJALANAN ANDA

July 19, 2019

Pada musim panas ini, Bugaboo membuktikan bahawa produk yang bagus benar-benar hadir dalam saiz yang kecil! Katakan ‘hello’ kepada keluaran terkini Bugaboo iaitu Bugaboo Ant –peneman terbaik perjalanan anda. Ia merupakan inovasi paling ringan daripada jenama ini dan juga yang paling kompak.

 

 Kehadiran personaliti TV dan selebriti tanah air turut memeriahkan perasmian stroller terkini Bugaboo di salah sebuah cawangan HAPPIKIDDO baru-baru ini

 

 

Keluaran ‘stroller’ terkini daripada Bugaboo ini menampilkan rekaan yang meletakkan standard baharu dalam industri berkaitan ‘stroller’ perjalanan. Sama ada keluarga anda ingin keluar melancong atau hanya bersiar di kawasan kediaman, Bugaboo mencipta ‘stroller’ perjalanan yang mampu melancarkan segala pergerakan dan membantu anda melihat dunia dengan gaya mereka.

 

Tidak dinafikan, kadangkala ‘stroller’ boleh membuatkan ibu bapa dan si manja berasa tidak selesa, namun dengan Bugaboo Ant, peneraju ‘stroller’ dari Belanda ini meletakkan tanda aras baharu yang sama dengan standard kualiti tinggi keluaran ‘stroller’ mereka yang lain. Daripada pemegang tangan yang mudah dilaraskan kepada tempat duduk diterbalikkan (reversible), ia dilengkapi dengan ciri-ciri pintar dan berguna yang akan membuatkan perjalanan anda sekeluarga lebih menyeronokkan.

 

Saiz kompak Bugaboo Ant membuatkannya sangat mudah alih untuk dimuatkan sama ada di tempat tinggi (overhead compartment) atau but kereta anda. Anda juga boleh menggunakannya sebagai troli untuk bergerak tanpa sebarang masalah di lapangan terbang atau stesen.

 

‘Stroller’ ini juga dilengkapi dengan ciri ‘all-wheel suspension’ dan stereng sebelah tangan yang membolehkan ibu bapa memusingkan kereta beroda si kecil ini dengan mudah. Rekaannya dipenuhi dengan ciri yang mampu membuatkan anak anda kekal gembira dan santai ketika dalam perjalanan ke mana jua destinasi. Tidak cukup dengan itu, rekaan ‘stroller’ ini dicipta untuk menjadikan setiap perjalanan anda kekal lancar agar anda sekeluarga dapat menikmati masa bersama tanpa rasa bimbang.

 

Seperti namanya yang diilhamkan daripada seekor semut, ‘stroller’ ini walaupun kecil namun ia sangat kuat. Kualiti tinggi daripada Bugaboo menjanjikan rekaannya dicipta untuk tahan lama, kukuh dan teguh bagi memberikan keyakinan kepada ibu bapa untuk mengatasi kesukaran sewaktu dalam perjalanan.

 

 

 

Rekaan Stroller Bugaboo terkini yang cukup unik dan memudahkan pergerakan

Ciri-ciri utama

  • Ukuran boleh lipat: 55 x 38 x 23 cm - Bugaboo Ant boleh digunakan sebagai barangan bawa tangan (carry-on) di kebanyakan syarikat penerbangan

  • Sesuai dipadankan dengan tempat duduk kereta

  • Ringan dan mudah dibawa

  • Boleh dilipat menjadi satu bahagian dan bersaiz kompak

  • Mod troli yang boleh ditarik bersama

  • ‘All-wheel suspension’ untuk mengurangkan ketidakselesaan bonggol

  • Tempat duduk diterbalikkan yang selesa dan boleh dilonggarkan

  • Ketinggian pemegang tangan yang boleh dilaraskan

  • Tolak dan kemudi dengan satu tangan

  • Bakul beg belakang boleh menanggung beban sehingga 5kg

  • Bakul tempat duduk bawah boleh menanggung beban sehingga 3kg

  • Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga kanak-kanak berusia 36 bulan

 

 

 

 

Bugaboo Ant akan memasuki pasaran Asia Tenggara termasuk Singapura bermula 1 Julai 2019.

 

 

Tentang Bugaboo International


Bugaboo International adalah syarikat Belanda yang pakar dalam rekaan produk luar biasa yang membuatkan hidup ibu bapa menjadi lebih mudah. Jenama ini terkenal dalam menjadi pencetus revolusi pasaran ‘stroller’ selepas melancarkan ‘stroller’ ikonik mereka pada 1999. Selama dua dekad, rekaan ‘stroller’ Bugaboo digunakan oleh para ibu bapa di seluruh dunia dan kekal menjadi salah satu ‘stroller’ paling dikenali di pasaran. Daripada bayi baru lahir kepada kanak-kanak, budak pada pelbagai peringkat umur mengalami pengembaraan menyeronokkan bersama ‘stroller’ Bugaboo. Pada 2019, jenama ini mencapai usia 20 tahun sejak memulakan perjalanannya dalam mencipta, mereka, dan menghasilkan produk berevolusi industri.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.