FATIN AFEEFA KINI BERGELAR PENYANYI


Fatin Afeefa bukanlah lagi nama asing di dalam industri hiburan Malaysia. Mula terjun ke bidang seni seawal umur 8 tahun, Fatin Afeefa merupakan salah seorang pelakon kanak-kanak yang membintangi filem popular ‘Tentang Bulan’ arahan Ahmad Idham.


Setelah berehat seketika, Fatin kembali aktif di dalam bidang lakonan pada tahun 2016. Semenjak itu, beliau sudahpun membintagi beberapa naskah filem dan drama.


Siapa sangka ibu kepada 2 orang cahaya mata ini rupanya turut berbakat dalam bidang nyanyian. Fatin di waktu terluangnya sanga aktif menyanyikan ‘cover’ lagu dan memuat naik ke akaun YouTube milik beliau untuk tontonan peminat-peminatnya. Dek kerana video-video cover Fatin menerima sambutan positif, Fatin telah mendapat tawaran dari syarikat rakaman XENO Music untuk menjadi artis rakaman di bawah tersebut.


Selepas berkerja hampir setahun untuk menyiapkan lagu, Fatin kini sedia mengeluarkan lagu pertama beliau bersama XENO Music, yang juga merupakan syarikat rakaman kepada penyanyi dan pelakon popular Ayda Jebat.


Lagu 'Satu Jam Saja' merupakan sebuah karya Yeshua Abraham yang juga merupakan juara sebuah program realiti 'T Just Duet' terbitan NET TV Indonesia. Lagu tersebut kemudian digubah oleh syarikat produksi AMP Music.


Lagu Satu Jam Saja akan berada di semua platform 'streaming' popular bermula pada 19 Julai 2019 sementara video klipnya juga akan dikeluarkan pada sebelah malamnya di platfrom YouTube Fatin Afeefa. Lagu Satu Jam Saja diedarkan oleh SONY Music Entertainment Malaysia.


Ikuti perkembangan karier seni Fatin Afeefa di platform media sosial Instagram dan Facebook

DST : Video Klip lagu " Satu Jam Saja

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.