SEGIFRESH JUARA PASAR SEGAR

July 20, 2019

  • Tawar pengalaman beli belah barangan basah segar terbaik

  • Bekalan bahan mentah segar dari pembekal tempatan dan item import

  • Harga rendah setiap hari

  • Susun atur dan ruang pamer serta persekitaran yang bersih

  • Bantuan khidmat pelanggan oleh kakitangan yang mesra

 

Segi Fresh Market (Segifresh) sudah bertapak di Malaysia hampir 20 tahun, menyediakan bekalan barangan makanan segar kepada rakyat Malaysia. Pelbagai pilihan barangan basah dan kering terdapat disini ditawarkan pada harga yang berpatutan dan ekonomi.Segifresh kini sedang rancak mengembangkan jaringan perniagaan mereka dengan 32 cawangan sudah beroperasi sepenuhnya di Perak, Selangor, Negri Sembilan dan Melaka.

 

Minggu lalu kami diberi berkesempatan meninjau operasi harian pasar segar Segifresh yang bertempat di Seksyen U9, Subang. Telahan awal kami, premis ini seperti pasar basah harian yang lain nyata meleset. Apa yang ditawarkan disini sebenarnya sangat berkualiti tinggi, segar dan yang penting lebih murah dari pasar segar diluar sana.

 

Segar dan Berkualiti

 

Di Segifresh, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai jenis bekalan makanan  segar seperti ayam, daging, pilihan makanan laut serta sayur-sayuran yang pelbagai. Kesemua bekalan bahan makanan ini diperolehi segar daripada pembekal tempatan dan ada juga yang diimport dari luar negara.

 

Selain dari itu Segifresh turut memastikan setiap pelanggannya mendapat keselesaan ketika membeli-belah disini. Setiap item jualan dipastikan di pamer dan diletak kan dengan tag harga yang jelas agar memudahkan setiap pelanggan yang membeli belah disini membuat perbandingan dan pilihan. Segifresh turut memastikan setiap ruang jualan senentiasa bersih dan dibahagikan mengikut kategori seperti susunatur ruang jualan ayam dan daging, hasil laut, sayur-sayuran dan buah-buahan serta bahan kering. 

 

 Harga Berpatutan

 

 

Bagi orang ramai apa yang diingini adalah nilai setiap barangan yang dibeli setading dengan harga yang ditawarkan. Di Segifresh, pelanggan tidak perlu gusar kerana nilai yang ditawarkan untuk setiap barangan seiring dengan harga yang ditawarkan . Jika dibanding dengan pasaraya besar lain, pelanggan akan mendapat lebih nilai jika berbelanja di Segifresh.

 

Mengambil ayam segar sebagai contoh, harga yang ditawarkan untuk seekor ayam adalah RM6.99/kg. Sekiranya pelanggan membeli secara pukal untuk 3 ekor ayam dan keatas, pelanggan akan menikmati penjimatan sebanyak 20 sen untuk setiap kilo pada harga RM6.79/kg.

 

Tambahan, rata-rata harga yang ditawarkan di Segifresh adalah jauh lebih rendah berbanding dengan harga item yang dijual di pasaraya besar lain.

 

 Pengalaman Pelanggan Terbaik

 

 

 

Nyatanya, berbelanja di Segifresh menjimatkan wang dan memberi pulangan nilai kepada pengguna. Disamping harga yang ditawarkan adalah murah, Suasana dan kelesesaan ketika membeli-belah disini amat memuaskan. Selain susun atur dan ruang pamer yang baik, pengguna juga boleh menikmati perkhidmatan bantuan timbangan dan pembungkusan barang dari kakitangan Segifresh yang mesra. Tranksaksi jualan juga amat mudah kerana pembayaran boleh dibuat menggunakan kad debit dan tunai.

 

Untuk maklumat lanjut berhubung tawaran dan promosi terkini yang berlansung di Segifresh, orang ramai boleh mengakses ke laman sesawang segifresh.com atau mengikuti laman sosial media di FB dan Instagram

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.