KESERONOKAN & KEUNIKAN DI TADOM HILL RESORTS

Kita selalu berfikir ke manakah ingin menghabiskan masa pada hari minggu atau hari cuti sekolah, mungkin anda selalu berfikir ingin menikmati pemandangan pantai atau mungkin juga di kawasan pergunungan kerana faktor cuaca yang lebih sejuk. Lain pula di Tadom Hill Resorts, disini anda akan menikmati keindahan panorama yang indah di samping itu dapat melakukan aktiviti rekreasi serta sukan lasak di dalam kawasan yang sama. 


Konsep buluh diketengahkan oleh pihak pengurusan Tadom Hill Resorts bagi menghargai alam semulajadi serta memberikan keunikan  kepada pengunjung.


'....Di Tadom Hill Resort ini kami menggunakan buluh sepenuhnya dalam membina rumah penginapan, cafe, surau dan sebagainya.. sebagai contoh rumah Hakka Village diperbuat daripada lebih 6000 buluh dan ianya pertama di Malaysia..'' Ujar Dato' Lai Yeng Fock, Pengarah Tadom Hill Resorts.


' ... Bagi memastikan dan memelihara keindahan alam semulajadi, kami sentiasa berkerjasama rapat dengan orang asli tempatan dan sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada mereka...' Tambah Dato' Lai Yeng Fock.


Baru-baru ini MB berasa bersyukur kerana  berpeluang mengikuti trip #Travelwithbuddies bersama rakan-rakan Blogger lain selama 2 hari 1 malam di Tadom Hill Resort.


Tadom Hill Resort diambil nama sempena nama Bukit Tadom dan terletak di Bukit Tadom, Kampung Labohan Dagang,42700 Banting, Selangor. Perjalanan lebih kurang 1 jam dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur.




Pengalaman selama 2 hari 1 malam di Tadom Hill Resorts dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti :


1. Sukan lasak seperti Flying Fox, ATV Riding, Archery Combat, Paintball


2. Water Activities seperti Water Skipper, berkayak, Water Rafting Race.




3. Pada sebelah malam seperti Camp Fire, BBQ Dinner, Karaoke.



MB dapat merasai bermalam di jenis penginapan Hakka Village. Hakka Village setinggi 2 tingkat, terdapat 12 bilik, Bilik bawah dilengkapi dengan penghawa digin manakala bilik atas dilengkapi dengan kipas siling. Tandas dan bilik mandi disediakan serta diasingkan untuk lelaki dan wanita. 


 Hakka Village



Selain pada itu terdapat juga jenis penginapan seperti Semantan Chalets, Gendui Chalets, Bamboo Madu Chalets, Bamboo Hut, Hammock Spheres dan Bamboo Tents.


Sekiranya anda berpeluang ke sini, anda harus mencuba menu tengahari set Bamboo Rice di Cafe Tadom Hill Resorts.