JPM BAKAL ANJUR KARNIVAL RAHMAH 2019 DI PUTRAJAYA

August 1, 2019

 

Rahmatan Lil ‘Alamin yang membawa maksud Islam rahmat untuk seluruh alam merupakan salah satu teras menuju Negara Rahmah. Negara Rahmah merupakan satu gagasan yang dibawa Kerajaan bagi menuju sebuah negara yang berintegriti, tadbir urus yang baik, mengamalkan kedaulatan prinsip hukum, masyarakat berilmu, berakhlak, saling hormat-menghormati dan menjalani kehidupan antara kaum penuh kedamaian dan keamanan.


Tiga teras Negara Rahmah ialah 1) Rahmatan Lil ‘Alamin iaitu Islam sebagai rahmat bagi sekalian alam, membawa keamanan dan kemakmuran dalam masyarakat. 2) Maqasid Syariah iaitu pentadbiran yang berasaskan kepada Maqasid Syariah yang menekankan tentang aspek penjagaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. 3) Model Malaysia iaitu Malaysia menampilkan sesuatu model yang sesuai dengan keadaan (waqi’), adat dan budaya bangsa Malaysia tanpa meninggalkan asas-asas Islam.


Sehubungan itu, dengan mengambil teras Negara Rahmah yang pertama iaitu Rahmatan Lil ‘Alamin, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan Karnival Rahmah 2019. Ia bersesuaian dengan hasrat Kerajaan yang sentiasa ingin memastikan keamanan dan kemakmuran antara rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Datuk Seri Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa, turut memaklumkan bahawa dana bagi menjayakan penganjuran Karnival Rahmah 2019 tidak menggunakan peruntukan oleh kerajaan, sebaliknya pelaksanaannya berkonsepkan kerjasama dengan rakan strategik dan syarikat korporat serta turut disokong oleh 10 kementerian lain.


Karnival Rahmah 2019 akan dianjurkan di tiga buah lokasi iaitu Putrajaya, Kelantan dan Pulau Pinang. Acara pertama akan diadakan di Dataran Putrajaya bermula pada 26 September 2019 hingga 29 September 2019, daripada jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Karnival Rahmah 2019 beraspirasi untuk menjadi salah sebuah acara yang terbesar di Malaysia dengan mensasarkan pengunjung dalam kalangan mereka yang berkeluarga serta generasi muda.
 
Konsep Karnival Rahmah 2019 juga adalah berlandaskan “edutainment” yang menggabungkan elemen pendidikan dan hiburan untuk semua. Pengisian karnival akan terbahagi kepada 6 kluster berasaskan 6 teras RAHMAH, iaitu:-


R = Rahmah 

A = Aman 

H = Harmoni 

M = Mesra 

A = Alami 

H = Hormat

Pelbagai program dan aktiviti menarik telah disediakan di Karnival Rahmah 2019 untuk seluruh lapisan masyarakat di Malaysia antaranya Mini Karnival Kanak-Kanak, Mini Karnival Perumahan, Festival Buku, pelbagai pameran, booth jualan, konsert, ceramah, street busking dan demonstrasi memasak.

 


Sementara itu, logo rasmi Karnival Rahmah 2019  telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) pada hari ini, 1 Ogos 2019. Pelancaran logo tersebut merupakan permulaan kepada kempen pengiklanan dan promosi Karnival Rahmah 2019 di semua media utama dan juga media digital.


Orang ramai digalakkan untuk menggunakan #KARNIVALRAHMAH2019 dan mengunjungi akaun media sosial Official Karnival Rahmah untuk mendapatkan maklumat dan berita terkini tentang Karnival Rahmah 2019.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.