DATO’ SRI ALIFF SYUKRI LANCAR E-BOOK "FROM ZERO TO HERO"


Ikon perniagaan dan juga selebriti Dato' Sri Aliff Syukri kini melebarkan lagi portfolio perniagaan beliau. Terkini, beliau baru sahaja melancarkan E-Book - Rahsia Kejayaan Dan Teknik Perniagaan " From Zero to Hero" pada 30 Julai 2019 yang lalu. Pada majlis tersebut, Dato' Sri Aliff Syukri turut melancarkan kelab peminat rasminya, Aliff Prestige Club.


Mengulas lanjut mengenai E-Book "From Zero To Hero", Dato' Sri Aliff memaklumkan kepada media bahawa sudah lama beliau memasang niat untuk menjadi pakar motivasi perniagaan dan berkongsi pengalaman beliau selama 12 tahun dalam perniagaan yang telah beliau bangunkan.


E-Book " From Zero To Hero" oleh Dato Sri Aliff Syukri ini mengandungi 8 teknik bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan berserta 3 teknik bonus yang bakal dimuatkan dalam 3 silibus. Penjualan E-book ini dibuat secara atas talian dan dijual dalam bentuk salinan PDF pada harga RM70 senaskah. Ini merupakan E-Book pertama yang diterbitkan oleh Dato' Sri Aliff Syukri dan mensasarkan untuk menerbitkan beberapa siri E-Book dimasa akan datang.


Menurut Dato Sri Aliff Syukri , orang ramai yang membeli E-Book ini bakal mendapatkan 2 manfaat utama iaitu menjana pendapatan dengan mengaplikasikan teknik ilmu perniagaan yang dikongsikan beliau di dalam E-Book ini serta berpotensi untuk menjana pendapatan dengan menjadi ajen "affiliate" dan mempromosikan E-Book tersebut kepada umum melalui platform media sosial mereka. Buat masa ini Dato' Sri Aliff Syukri menawarkan keuntungan sehingga 50 peratus kepada ajen "affiliate" yang berdaftar untuk untuk setiap naskah E-Book yang terjual.


PROGRAM AFFILIATE


Secara ringkasnya program "affiliate" merupakan salah satu teknik memasarkan dan mengiklankan produk di internet. Melalui program "affiliate" agen akan mempromosikan sesuatu produk melalui pautan "affiliate" yang diperoleh selepas agen mendaftarkan diri dan akan mendapat komisen dalam jumlah tertentu sekiranya ada orang yang membeli produk tersebut melalui pautan "affiliate" tersebut.


Menerusi program "affiliate" Dato Aliff Syukri, setiap ajen berdaftar bakal memperolehi keuntungan sehingga 50 peratus dari hasil jualan yang boleh dipantau secara telus melalui sistem program tersebut.


Dato' Sri Aliff Syukri turut mengadakan "Cabaran Affiliate" yang berlansung selama sebulan dari 30 Julai 2019 sehingga 31 Ogos 2019 . Seramai 10 ajen "affiliate" dengan jualan tertinggi bakal menerima hadiah istimewa di penghujung cabaran tersebut. Untuk menjadi ajen "affiliate" berdaftar, orang ramai perlu membeli E-Book "From Zero To Hero" terlebih dahulu. Ajen akan dibekal dengan pautan pendaftaran "affiliate" melalui emel selepas pembelian E-Book tersebut berjaya. Sementara itu komisen "affiliate" akan dibayar kepada ajen yang berjaya membuat jualan dalam masa 7 hari selepas cabaran tersebut tamat.

HARGA E-BOOK


E-Book " From Hero To Zero" boleh didapati pada hari RM70 dan bakal dinaikkan secara berperingkat sehingga RM100. Orang ramai yang berminat digalakkan untuk mendapatkan E-book ini segera kerana tempoh jualan hanya berlansung selama 1 bulan dan bakal berakhir pada 31 Ogos 2019. Pembelian E-Book boleh dibuat di laman sesawang www.zerotohero.my atau pada pautan berikut: Klik "Zero To Hero"


Dato' Sri Aliff Syukri turut mensasarkan sebanyak 15,000 salinan naskah pertama E-Book ini bakal terjual.

GALERI | PELANCARAN E-BOOK DATO' SRI ALIFF SYUKRI "FROM ZERO TO HERO"

Gambar: Maestro Ridwan

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.