MMSPOT LANCAR APLIKASI PLATFORM GANJARAN DIGITAL PERTAMA DI MALAYSIA

MMspot merupakan sebuah Platform Ganjaran Digital dengan jutaan pengguna di rantau Asia. Hari ini, MMspot dengan bangganya memperkenalkan aplikasi pengendalian mata ganjaran yang pertama di Malaysia. Aplikasi ini diperkenalkan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia dan pengunjung luar negara mengalami sendiri aplikasi terbaru ini. Bagi memberi peluang kepada pengguna menggunakan aplikasi ini secara ekslusif, MMspot telah melancarkan pek permulaan dikenali sebagai "SATAY". Pengguna boleh melanggan pek permulaan ini dengan harga RM100 sahaja dan mendapat e-Baucar bernilai RM300. e-Baucar ini boleh digunakan di platform-platform rakan kongsi MMspot. Melalui penggunaan e-Baucar di platform berkenaan, pengguna boleh meraih lebih banyak mata ganjaran. Pada masa yang sama, mata ganjaran terbabit boleh ditukar semula kepada e-Baucar. Melalui ekosistem MMspot, nilai e-Baucar akan meningkat dua kali ganda dengan sistem penukaran mata ganjaran e-Baucar dikenali sebagai e-VCP. Pengguna boleh menikmati sekurang - kurangnya 10 % rebat jika menggunakan e - Baucar tersebut . Pengguna juga boleh melakukan pemindahan e-Baucar kepada kawan dan ahli keluarga. Pengguna MMspot juga boleh membeli-belah secara senang hati, lebih jimat di samping meraih lebih banyak mata ganjaran. la secara tidak langsung akan menyumbang kepada peningkatan gaya hidup komuniti MMspot. Dengan data pengguna yang dijana melalui komuniti "SATAY", MMspot juga berharap dapat bekerjasama dengan lebih banyak syarikat pengendalian mata ganjaran yang lain pada masa hadapan. MMspot yakin dengan aplikasi yang baru dilancarkan ini, dapat membantu pengguna mengendali baki mata ganjaran mereka yang terbiar atau sudah lama tidak digunakan.

MMspot juga ingin mengambil kesempatan ini memperkenalkan platform-platform rakan kongsi sedia ada di aplikasi mereka:


  • Platform Beli-Belah Atas Talian - Mbooster e-Baucar (eVM)

  • Hiburan & Konsert - MacpiePro e-Baucar (eVP)

  • Platform Makanan & Minuman - JioBuddy e-Baucar (eVJ) .

  • Hartanah - Ridgez e-Baucar (eVR)

  • Pendidikan - Evetag e-Baucar (eVE)

  • Platform Beli-Belah Di Luar Talian - JioJioGo e-Baucar (eVV)

  • Automotif - Ve Tag e-Baucar (VCV) .

  • Pelancongan - GoTogether e-Baucar (eVT)

MMspot juga membantu mengendali dan menguruskan mata ganjaran bagi salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia iaitu Mcalls. Pengguna Mcalls boleh mendapat mata ganjaran sebanyak 7 % jika tambah nilai secara sendiri .

Bagi memberi peluang kepada pengguna dan pengunjung luar negara menggunakan aplikasi ini, MMspot telah mengadakan Ekspo MMspot Experiential di Pusat Pameran Mid Valley, Dewan 3 pada 3 dan 4 Ogos dari jam 11 pagi hingga 7 petang. Pengguna boleh mengunakan e-Baucar dan melanggan mana-mana platform rakan kongsi MMspot seperti Platform Makanan & Minuman di JioBuddy, membeli tiket konsert idola mereka di MacpiePro, Platform Membeli-Belah Atas Talian di Mbooster dan platform-platform yang lain. Platform Hartanah Ridgez dan juga Platform Di Luar Talian JioJioGo turut melancarkan perkhidmatannya hari ini. Platform rakan kongsi MMspot akan membantu pengguna mengalami sendiri penggunaan e-Baucar menerusi aplikasi ini di platform mereka. MMspot juga menawarkan pelbagai hadiah eksklusif dan e-Baucar percuma bernilai RM1, 540 kepada kali pertama pada ekspo pengunjung yang memuat naik aplikasi MMspot buat berkenaan. Untuk makluman lanjut, sila layari laman web MMspot di mmspot.com.

GALERI| MAJLIS PELANCARAN APLIKASI MMSPOT DI MVEC, KUALA LUMPUR

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.