PELAKON POPULAR DRAMA NUR, AZHAN RANI & NOORKHIRIAH DILANTIK SEBAGAI IKON UMRAH DE HEARTY

August 4, 2019

Pelakon Azhan Rani dan Noorkhiriah yang masing-masing popular memegang watak suami isteri Ustaz Hamadi dan Aishah dalam drama Nur tidak sangka dipilih sebagai tetamu Allah untuk mengerjakan ibadah umrah pada tahun ini setelah dilantik sebagai Ikon Umrah De Hearty di bawah pengurusan syarikat Maad Travel & Tours Sdn Bhd.

 

 

 

Selain itu juga Ustaz Azadan Rabbani turut dilantik sebagai Ikon Umrah De Hearty. Mereka dijangka akan berangkat ke tanah suci pada penghujung tahun ini.

 

 Baru-baru ini sidang media telah diadakan di Restoran Rebung bagi memperkenalkan Ikon Umrah De Hearty


Lantas menjadi tanggungiawab Maad Travel & Tours Sdn Bhd memberi kepercayaan dan peluang kepada tiga (3) selebriti ini yang dikatakan berpengaruh dalam industri hiburan bagi menarik perhatian orang ramai bersama-sama menunaikan umrah di bawah pengurusan syarikat ini.


Pemilihan artis yang dibuat oleh Maad Travel & Tours Sdn Bhd berdasarkan komitmen artis yang sudi untuk memberi kerjasama bagi menjayakan pakej umrah syarikat dan sekaligus dapat mencapai sasaran 1,000 jemaah Umrah De Hearty pada hujung tahun ini. Pakej umrah ini akan bermula bulan Oktober hingga Disember 2019. 


Pihak syarikat turut memastikan para jemaah dapat menyempurnakan solat Jumaat di tanah suci sebanyak 2 atau 3 kali. Selain itu ini terdapat pelbagai keistimewaan lain yang ditawarkan kepada jemaah Umrah De Hearty antaranya:

1. Jarak hotel yang dekat 100 meter 
2. Penginapan hotel 5 bintang
3. Masakan Malaysia
4. Bimbingan Umrah 4 kali 
5. Lawatan ke Taif
6. Dua bagasi 
7. Kain ihram / telekong 
8. Mutawif dari Malaysia
9. Dua kali solat Jumaat
10. Tiada cas tambahan 
11. Penerbangan terus 
12. Juadah nasi unta
13. Fullboard Makkah dan Madinah 
14. Mendaki Gua Hira' 

 

Setakat ini seramai 400 orang sudah mendaftar dengan pihak syarikat dan bilangan tersebut akan meningkat dari semasa ke semasa. Perkhidmatan mesra pelanggan juga disediakan kepada jemaah warga tua dan uzur. 

 

Tambahan juga pihak syarikat mementingkan kelancaran para jemaah melakukan ibadah umrah dengan melantik dua (2) orang mutawif, lelaki dan wanita yang berpengalaman.

 

Bagi menarik minat orang ramai menyertai pakej Umrah De Hearty, tawaran Pakej 7 Percuma 1 turut disediakan. Pakej umrah ini bermula dari harga RM6,990 (12 hari) dan RM7,990 (20 hari).


Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi pihak syarikat seperti berikut:


MAAD TRAVEL & TOURS SDN BHD PAKEJ UMRAH DE HEARTY 
ALAMAT: 8A, Jalan Flora 1/10, Taman Pulai Flora, 81300 Skudai, Johor Darul Takzim.
No. Tel: 07-2895212 / 016-2771717


Email: umrahdehearty@gmail.com
Facebook: Umrah De Hearty
Instagram: @umrahdehearty

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.