FINANCIAL GENIUS GROUP JALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA FWD TAKAFUL TAWAR PERKHIDMATAN PERANCANGAN KEWANGAN PATUH SHARIAH

August 5, 2019

 

Financial Genius Group (FGG), merupakan sebuah syarikat yang memberi perkhidmatan dalam perancangan dan perlindungan kewangan di Malaysia, baru baru ini telah menjalinkan kerjasama strategik bersama FWD Takaful Berhad yang dahulunya dikenali sebagai HSBC Amanah Takaful Malaysia Berhad.

 

Melalui perjanjian itu FGG akan bertindak memberikan perkhidmatan perancangan serta perlindungan kewangan takaful yang bersesuaian dengan undang-undang Islam untuk rakyat Malaysia

 

Perjanjian persefahaman (MoU) tersebut telah dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif FGG Group; Dato' Sri Mahadi BZ manakala FWD Takaful Berhad diwakili oleh Pengarah Eksekutifnya, Tuan Salim Zain dan disaksikan oleh panel shariah FGG.

 

FGG Group turut melancarkan entiti terbaharu mereka yang selari dengan perkhidmatan yang ditawarkan iaitu FGG Weath Al-Khassah (VIP Private Wealth Islamic) dan FGG Islamic Entrepreneur Academy yang menjurus kepada seminar dan program motivasi.

 

Sejajar dengan perkembangan tersebut, FGG Group telah melantik 4 ahli panel shariah yang terdiri daripada tokoh-tokoh ilman dan agamawan negara iaitu Prof Madya Dato' Dr. Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Ustaz Dato' Mohd Zawawi Yusoh, Ustaz Shahul Hamid M.P.H. Seeni dan Ustaz Fauwaz Fazil Noor dan Linda Rafar sebagai duta jenamanya.

 

Perlantikan para panel shariah ini adalah berlandaskan kepakaran dalam bidang masing-masing dan persetujuan atas dasar matlamat yang sama demi menjayakan revolusi industri takaful di Malaysia. Sehunungan dengan itu, para panel shariah ini akan bertindak sebagai pemantau holistik dan penasihat keagamaan dalam setiap aktiviti serta halatuju FGG Group secara keseluruhannya.

 

Terdahulu FWD Takaful Berhad telah dilancarkan secara rasminya pada Isnin lalu. Pegangan saham terbesar FWD dimiliki oleh Richard Li melalui Pacific Century Group iaitu sebanyak 49%, manakala Robert Kuok melalui JAB Capital memiliki sebanyak 31% pegangan saham sementara KWSP pula memiliki selebihnya iaitu sebanyak 21% pegangan saham.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.