HABIB HANGATKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN DENGAN KEMPEN JUALAN BESAR-BESARAN

August 7, 2019

 

Habib, jenama barang kemas tempatan Malaysia melancarkan PERASMIAN SAMBUTAN HARI MERDEKA HABIB di Suria KLCC baru-baru ini dengan tema, HABIB, Malaysia Celebrates 62 Sparkling Years.


Acara perasmian sambutan ini merupakan kali pertama HABIB menyambutnya dengan besar-besaran selama satu bulan di bulan kemerdekaan ini.


Acara ini merupakan acara yang cukup bersejarah buat HABIB bersama Malaysia kerana sementara negara kita menyambut sambutan kemerdekaan yang ke 62 tahun, HABIB juga telah bertapak dan beroperasi selama 61 tahun.


HABIB menghargai kemerdekaan yang telah dicapai Malaysia dan berbangga menjadi satu jenama tempatan pilihan rakyat Malaysia sepanjang 61 tahun. Sebagai jenama yang telah berada di pasaran selama kemerdekaan, ianya adalah tanggungjawab HABIB untuk bersama-sama meraihkan sambutan ini sebagai tanda penghargaan terhadap kemerdekaan yang telah dicapai.

 

HABIB berharap agar kemerdekaan dapat memberi kesedaran tentang besarnya nilai kemerdekaan kepada rakyat Malaysia dan menghargai jasa mereka yang telah berkorban semata-mata untuk tidak dijajah supaya kita dapat hidup dengan aman dan makmur seperti hari ini.

 

Pengarah Urusan Kumpulan Habib, Dato’ Sri Meer berkata, “Erti kemerdekaan bermakna kita dapat menjalankan kehidupan harian dengan selesa, dan bak kata Bapa Merdeka, Tun Abdul Rahman, “Mulai 31 Ogos 1957, (kita) akan menjadi sebuah negara berdaulat dah demokratik untuk selama-lamanya, yang dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan serta sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya.” Saya amat berbangga menjadi rakyat Malaysia dan bersyukur dengan keamanan yang dapat kita capai dengan negara yang berbilang kaum.


Majlis perasmian diserikan dengan penampilan khas selebriti dan duta kempen Hari Raya HABIB, Rozita Che Wan dan anaknya Aaisyah Dia Rana, penyanyi terkenal tanah air Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi, Ratu Cantik Malaysia, Miss Universe Malaysia, Shweta Sekhon, bersama Miss Habib, Nikita Menon dan juga 6 peserta akhir Pencarian Wanita Melayu 2019.


Acara kemuncak iaitu pertunjukkan fesyen barangan kemas dari Koleksi Merdeka 2019. Koleksi yang direka khas ini sesuai digayakan oleh pelbagai bangsa di Malaysia untuk busana traditional baju kurung Pahang, Baju kebaya, Chongsam, Sari, Kadazan dan Sabah. Busana traditional yang digayakan dari pereka tempatan yang popular dengan busana traditionalnya, Butik Salikin Sidek.


Sebagai jenama di negara yang berbilang kaum, HABIB menyediakan koleksi dan rekaan sesuai dan digemari oleh semua lapisan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan untuk semua peringkat umur. 


Pertunjukkan fesyen barangan kemas juga mengenengahkan koleksi emas popular Oro Italia 916 dan koleksi eksklusif berlian HABIB. Kedua-dua Rozita Che Wan dan Aaisyah tidak ketinggalan memperagakan koleksi Merdeka terbaru dari HABIB.


Koleksi Merdeka kali ini menengahkan rekaan rantai panjang “tassle” bertatahkan berlian dan permata yang bukan sahaja sesuai untuk baju kurung atau kebaya tetapi cantik dipadankan dengan saree dan juga Cheongsam.


Selain daripada itu, di ruang pameran dan jualan Suria KLCC, pameran koleksi Warisan atau di dalam Bahasa Inggeris, “Heritage Collection” yang berusia lebih 60 tahun dan ada yang mencecahkan hampir 100 tahun juga dipamerkan. Koleksi Warisan ini lebih kepada penggunaan “intan” iaitu berlian yang berpotongan leper juga dikenali sebagai rose-cut diamonds. Koleksi Warisan ini dapat memberi sedikit gambaran bagaimana trend barangan kemas terdahulu telah berkembang sehingga ke hari ini dan citarasa dulu dan kini.

 

Acara kemuncak apabila Mawi mendendangkan lagu “Jalur Gemilang” dan para penonton turut serta menyanyi sambil mengibarkan bendera Malaysia dengan penuh semangat di lobi utama Suria KLCC. Suasana penuh patriotik ini menimbulkan rasa bangga dan memupuk semangat cintakan negara pada semua yang hadir. 


Pameran Merdeka Habib berlangsung selama 12 hari di Suria KLCC bermula dari 30 Julai sehingga 11 Ogos 2019. Sementara itu, Jualan Merdeka Habib kini berlangsung di kesemua 30 bilik pameran Habib sehingga 2 September 2019. Antara tawaran yang menarik adalah: -

 

  • RM 118 dan RM 462 untuk dua jenis loket emas 916 bermotifkan bunga raya,

  • RM 118 untuk loket emas 916 Bendera Malaysia,

  • RM 62 untuk sepasang subang mutiara,

  • Kepingan emas seberat 2g bermotif bangunan bersejarah Malaysia,

  • Potongan sehingga 70% untuk barang kemas berlian dan batu permata terpilih,

  • Potongan RM8 hingga RM 20 segram untuk emas 916/999,

  • Harga tertinggi untuk belian balik barangan kemas berlian dan emas,

  • Hadiah percuma dengan setiap pembelian barangan kemas berlian dan permata bernilai RM3,000 dalam satu resit.

    GALERI | MAJLIS PERASMIAN PAMERAN MERDEKA HABIB DI SURIA KLCC

  •  

     

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.