REALME C2 JADI PILIHAN UTAMA PADA JUALAN SHOPEE BRANDS FESTIVAL

August 10, 2019

  • Sokongan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia pada ‘realme Day’

  • 1000 unit realm C2 dijual pada 5 Ogos sahaja

 

Sempena meraikan bulan Merdeka, realme Malaysia bersama Shopee Malaysia menawarkan jualan telefon pintar eksklusif pada Hari realme atau ‘realme Day’ pada 5 Ogos lalu. Jualan realme Malaysia telah mencapai keputusan terbaik di mana 1000 unit realm C2 telah terjual di mana 500 unit berjaya dijual dalam tempoh masa 30 minit sahaja.


"Kami di realme Malaysia sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia di mana senantiasa menyokong produk kami. Rakyat Malaysia tidak sabar-sabar untuk membeli dan mendapatkan telefon pintar dengan harga berpatutan. Kami yakin bahawa realme Malaysia akan terus melangkah ke hadapan dengan mengeluarkan pelbagai jenis telefon pintar. Kami juga gembira dapat bekerja dengan Shopee atas peluang ini untuk rakyat Malaysia,” kata Tiffany Teh, Brand Manager, realme Malaysia.


realm C2
Sepanjang jualan tersebut, rakyat Malaysia dapat membeli telefon pintar realm C2 (2 + 16GB) pada harga yang berpatutan iaitu RM349. Lima puluh pelanggan pertama juga bakal menerima kad SD dan barangan ‘merchandise’ realme.


"Pembeli hari ini membeli telefon bimbit dalam talian(online) kerana mereka dapat memilih dari pelbagai model yang sesuai dengan keperluan dan keinginan mereka dari keselesaan rumah mereka. Keyakinan mereka untuk membeli telefon pintar di Shopee adalah bukti bahawa platform kami adalah dipercayai dan selamat. Yang menggembirakan lagi apabila

pembelian dibuat tiada caj penghantaran.


"Ianya di hantar secara percuma. Kami gembira dapat menawarkan pelbagai promosi di platform kami untuk pengguna Shopee, yang pada masa ini berjumlah kira-kira 20 juta, sambil menganjurkan kempen seperti Hari realme atau ‘realme Day’. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada realm mengenai jualan yang mengagumkan dan menantikan lebih banyak kerjasama dengan mereka,


"Sesuatu yang membanggakan buat realme di mana hari ini berjaya mencatat penjualan sebanyak 500 unit realme C2 yang dijual dalam 30 minit dengan harga RM349. Sungguh memberangsangkan !!!,"  kata Marianne Chuo, Marketing Lead, Shopee Malaysia.

 

 

realme Day
Hari realme atau lebih dikenali dengan ‘realme Day’ adalah bersempena dengan Shopee Brands Festival. Ianya berlangsung dari sekarang hingga 18 Ogos ini di mana pengguna yang berbelanja di Shopee Mall bakal menerima tawaran dan promosi menarik .


Pengguna bakal menikmati tawaran dari serendah RM1 setiap hari untuk jenama kegemaran mereka semasa ‘Shocking Sale’ serta berpeluang untuk mendapatkan baucar Surprise Hour 50% diskaun dan hadiah apabila mereka membeli produk terpilih.

 

Sementara itu, pembelian melalui Shopee Mall hadir dengan pulangan percuma selama 15 hari, jaminan keaslian 100%, dan penghantaran percuma. Tertakluk kepada terma dan syarat.


Untuk mengetahui promosi dan maklumat lanjut layari http://bit.ly/realmeshp .

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.