UMNO LANCAR KEMPEN #JomBantu KAKITANGAN UTUSAN

August 20, 2019

 

 

UMNO (c) Tun Abdul Razak, Ampang hari ini melancarkan kempen #JomBantu dalam usaha meringankan bebanan yang terpaksa ditangggung oleh hampir 800 kakitangan Utusan Malaysia yang tidak menerima bayaran gaji sejak tiga bulan lalu.

Menurut Ketua UMNO Cawangan Tun Abdul Razak, Mior Azlan Mior Kamarulbaid merangkap Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Ampang, jasa media seperti Utusan Malaysia tidak wajar dikuburkan begitu Sahaja.

Peranan kakitangan Utusan keseluruhannya terbukti mendidik masyarakat melalui Penerbitan akhbar ini sejak sekian lama.

Utusan Malaysia yang menerbitkan akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo dan Kosmo Ahad merupakan akhbar yang berjasa kepada negara dalam menyalurkan informasi serta maklumat berguna kepada masyarakat.

Sebelum ini, kakitangan syarikat tersebut mengadakan perhimpunan aman di Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad bagi menggesa pihak syarikat melunaskan gaji dan bayaran bekas pekerja skim pemisahan sukarela (VSS) yang tertunggak.

Terbaharu difahamkan, syarikat tersebut bercadang membentikan cetakkan akhbarnya bermula Rabu ini sehingga satu tarikh yang tidak didedahkan.

Bagi yang ingin buat sumbangan berupa wang tunai, boleh disalurkan terus ke akaun NUJ MALAYSIA di nombor akaun 8000822560 (CIMB Current Acc) atau 8000367100 ( CIMB National Union of Journalist ). MYBUZZ!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.