BOTANECO GARDEN LANCAR KEMPEN 'SEMAI SATU BENIH, HIDUPKAN SEBUAH HUTAN' KERJASAMA BERSAMA DB


Adakah anda bersedia untuk menyemai satu benih untuk menghidupkan sebuah hutan? Sertai Botaneco Garden dalam usaha jenama penjagaan diri yang berilhamkan alam semulajadi itu untuk mengumpul dana bagi menanam pokok hutan hujan di lokasi terpilih di kawasan Taman Antarabangsa Bukit Jalil yang diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Sepanjang Ogos 2019, satu peratus daripada hasil jualan produk Botaneco Garden di rangkaian Guardian seluruh negara akan disalurkan kepada usaha penanaman pokok hutan hujan berkanopi luas untuk memberi teduhan di kawasan berhampiran tasik utama di Taman Antarabangsa Bukit Jalil.


Ini adalah tahun ketiga berturut-turut penganjuran inisiatif alam sekitar, Semai Satu Benih, Hidupkan Sebuah Hutan oleh Botaneco Garden – satu rangkaian penjagaan diri berilhamkan alam semulajadi yang dihasilkan daripada gabungan inovatif bahan botanikal yang sofistikated dan minyak yang disahkan eco dan bebas daripada sesetengah bahan kimia berbahaya, menjadikannya selamat untuk pengguna dan alam sekitar.


Rangkaian ini terdiri daripada pelbagai produk penjagaan rambut dan badan untuk golongan dewasa serta kanak-kanak dan bayi. Produk-produk ini boleh didapati secara eksklusif di kesemua 400 rangkaian Guardian di seluruh negara, dan melalui talian (e-store) Guardian.


Jenama tersebut telah bekerjasama dengan DBKL untuk merealisasikan inisiatif Ke Arah 70 Menjelang 30, selari dengan Rangka Tindakan Kuala Lumpur Rendah Karbon 2030 yang menyasarkan pengurangan intensiti pengeluaran karbon kepada 70% menjelang 2030.


Meningkatkan jumlah pokok yang ditanam adalah satu daripada langkah untuk mengurangkan intensiti penghasilan karbon. Pokok menggunakan tenaga daripada matahari dan menerusi proses fotosintesis, ia menyerap karbon dioksida (CO2) dari udara dan air dalam tanah. Dalam proses untuk menukarkan ia menjadi kayu pohon, pokok membebaskan oksigen ke udara. Di samping jumlah karbon dioksida (CO2) yang diserap, pokok juga membantu menyerap sejumlah karbon dari dalam tanah.


Taman yang terletak di bandar dapat membantu menjadikan alam semulajadi lebih dekat dengan orang ramai dan turut menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif. Taman Antarabangsa Bukit Jalil adalah lokasi ideal bagi inisiatif Semai Satu Benih, Hidupkan Sebuah Hutan kerana statusnya sebagai taman perbandaran yang popular dengan denai pejalan kaki dan joging, tasik, taman bertema antarabangsa termasuk kawasan khas untuk golongan orang kelainan upaya (OKU), taman permainan dan denai refleksologi.


Pada hujung minggu dan musim perkahwinan, lokasi ini sering menjadi tumpuan untuk sesi fotografi perkahwinan berlatarbelakangkan alam sekitar. Selain itu, kelompok keluarga dan pencinta haiwan akan berkumpul di tepian tasik untuk memberi makan kepada ikan dan kura-kura sambil menikmati pemandangan.


Dana yang dikumpul melalui inisiatif Botaneco Garden – Semai Satu Benih, Hidupkan Sebuah Hutan – akan disalurkan kepada penanaman pokok hutan hujan Malaysia terpilih di kawasan tasik untuk memberikan teduhan di kawasan rehat berdekatan, agar orang ramai mampu menikmati alam sekitar dengan lebih lama, di samping mengurangkan pengeluaran karbon.